Ingatkan 2 hari lepas cepat-cepat balik rumah, kengkonon free lalu nak kemaskini blog.
Tapi sampai sahaja depan rumah, lutut kaki bergegar kebuluran ditambah penat pandu kereta seorang diri.
Selepas mandi, solat, masak, makan, gosok gigi, cuci muka, solat lagi, tempek krim malam di muka, switch on air-cond, kemudian terus tarik gebar dan berkubang sedap umpama hippopotamus! (wah, penerangan jadual aktiviti yang sungguh teliti).
Tanpa peduli drama kegemaran "BICARA HATI", tinggal mak long sorang-sorang duduk layan tivi. Itupun mak long layan sekerat jalan drama tersebut pasal mak long rasa sunyi tanpa hippopotamus ini duduk lepak nonton sekali.
"Maaf mak long, tak dapat nak teman sebab kuasa bantal dan gebar lagi berpengaruh berbanding senyuman Zahlia dalam Bicara Hati. Nanti kita nonton siri ulangan hari Sabtu ni, ok". (Petikan dialog yang telah
diungkapkan pada Mak Long awal pagi tadi).
Apa yang membuatkan Vi penat sangat adalah proses pendaftaran menjadi SAYA BUDAK SEKOLAH. Panjang ceritanya, tapi akan disampaikan dalam versi cuba dan cuba diringkaskan. Tetiba teringat dengan bahagian soalan 'rumusan' dalam kertas 2 Bahasa Melayu ataupun 'summary' in English Paper 2. Masih wujud lagi kah bahagian tersebut dalam kertas ujian PMR/SPM?
Ini surat tawaran menjadi SAYA BUDAK SEKOLAH. Saya peram surat ni lama dan sebelum tawaran tamat tempoh pada bulan Jun hadapan, baik Vi daftar cepat-cepat sebelum tawaran ditutup rapat-rapat. Part nama penuh dan alamat rumah terpaksa dikaburkan sebab tak nak penjenayah bijak IT tahu alamat rumah. Zaman makin maju, manusia semakin kurang bertamadun, memilih kerjaya sebagai penjenayah di mana ternyata salah di sisi undang-undang dan agama! Ok, Ok.. back to the story.
Masa terpilih untuk interview biasiswa, semester 2 untuk seisi 2011/2012 baru sahaja dibuka. Masa temuduga, hanya 10 orang calon PhD sahaja yang terpilih. Vi pasang niat mendaftar bila jawapan temuduga biasiswa keluar.
Kalau guna duit sendirian berhad bayar yuran, pokoknya beg duit pasti kempis umpama belon kehabisan angin. SyukurAlhamdulillah, Vi terpilih dianugerahkan biasiswa itu. Dapat surat tawaran biasiswa dari Institut Pengajian Siswazah (IPS), terus semangat pergi urus dokumen: isi agreement form, cari gerento, cari saksi, beli setem hasil, matikan setem hasil. Nampak kerja sikit tapi rumit.
Kalau guna duit sendirian berhad bayar yuran, pokoknya beg duit pasti kempis umpama belon kehabisan angin. SyukurAlhamdulillah, Vi terpilih dianugerahkan biasiswa itu. Dapat surat tawaran biasiswa dari Institut Pengajian Siswazah (IPS), terus semangat pergi urus dokumen: isi agreement form, cari gerento, cari saksi, beli setem hasil, matikan setem hasil. Nampak kerja sikit tapi rumit.
Minggu lepas, terkejar-kejar pergi pos ofis pasar seni beli setem hasil (boleh beli kat mana-mana pos ofis, tapi alang-alang dah lalu sana terus singgah). Telefon pejabat LHDN di mana cawangan terdekat untuk matikan setem hasil. Hanya tinggal 15 minit sebelum bahagian kaunter untuk matikan setem hasil tutup (pukul 3petang), cepat-cepat my hubby tolong hantarkan ke cawangan Damansara Perdana. Tepat 3 petang, setem hasil 4 keping berjaya dimatikan. Lega =0).
:::Alas perut minggu lepas:::
Terima kasih my hubby sebab terlalu banyak bantu teddy bear kesayangan dan kecintaanmu ini menguruskan segala perihal dokumen SAYA BUDAK SEKOLAH. Dalam masa yang amat singkat, hubby tolong uruskan perihal penjamin, saksi, isi borang secara teliti, sama-sama susun dokumen, buat salinan dan simpan elok-elok salinan dalam laci almari.
Cuma sempat teguk air teh hijau kerana berkejar-kejaran dengan masa. 15 kali teguk terus habis sebab haus.
Buka, patah, gigit, kunyah dan telan coklat sebab rasa nak pitam.
Ok, kembali segah!
Di hari pendaftaran (28 Februari 2012), pandu kereta seorang diri ke kampus sebab hubby out station (T__T). Mula-mula teringin nak register pada tarikh 29 Februari 2012 sempena tahun lompat, tapi terpaksa anjak awal sebab 29 Februari Vi ada hal lain.
sinopsis perjalanan dari pagi sampai jam 5 petang. Banyak dokumen dan tempat kena ke sana ke mari:
Fakulti Perubatan ----> IPS ------> Fakulti Perubatan -----> Pejabat Bendahari di Bangunan Canselori -----> IPS-----> Pusat Kesihatan Pelajar (serahkan laporan kesihatan dan filem X-ray dada ku).
Tempat letak kereta dengan pejabat tempat berurusan, ya ampun jauh nya... terbit rasa bencinta! Hilang himpunan lemak seketul dua kat badan. semput...nampak benar kurang bersenam sejak dua menjak ini ;0).
Kaunter ambil nombor giliran di pejabat Bendahari. Nak tangkap gambar banyak-banyak pun tak larat. Tangkap mana yang termampu. Nak tangkap gambar luar bangunan Canselori yang megah tersegam indah tak berani sebab masa tu hari nak hujan. Kelibat kilat dan guruh menjelma. Kang tak pasal-pasal kena sambar petir. Nauzubillah...
Ingatkan tak ramai pelajar di saat-saat menghampiri tarikh luput mendaftar...rupanya ramai jugak makhluk-makhluk last minute seperti Vi.
Sila tunggu nombor dipanggil untuk berurusan di kaunter.
Selesai proses pendaftaran, dengan rasmi nya Vi bergelar pelajar PhD secara formal. Siap sedia untuk berjuang di medan ilmu. Ku mulakan dengan lafaz Bismillah serta doa penerang hati.
Sampai rumah, panas balik kuah Spagetti yang hubby buat khas untuk teddy bear kecintaan sehari sebelum beliau bertolak out station. Sedap!
Sekian sahaja catatan permulaan SAYA BUDAK SEKOLAH. Ini cuma versi yang cuba-cuba dipendekkan sehabis mungkin. Kalau versi yang lebih panjang lebar, confirm kamu kamu yang sudi membaca, baca sekerat jalan pasal dah tidur lena depan labtop/pc masing-masing =0).
Terima kasih sudi membaca. paipai!








5 comments:
Nur Hj Ahmad: oooo tedah... yakti ku ngenang, walau apo pun, bukan senang nak jd senang..doa n ingat Allah selalu.... :)
dear my sis nur:
TQ!TQ! =0)
Saya sokong kata2 mu,dik =0)
rindu ngn emak..huuuwaaa!
alhamdulillah semua berjalan lancar... nk cikit choc tu yum yum... ganbatte ne V chan!
Wqh best nya kak. Amik phd ehh!
dear hani-chan:
Terima kasih, hani-chan =0)
dear ztie:
Jom, ztie...study sama2 jom =0)
Post a Comment