"Love is a bicycle with two pancakes for wheels....". Jarod Kintz.
Mas Sayidah, seindah namanya! Itulah nama makcikku yang ku panggil Anjang Sayidah yang memperkenalkan aku dengan PANCAKE. Puluhan tahun yang lalu,ketika anjang sedang hamil anak sulung, beliau sangat rajin memasak pelbagai kudapan buat santapan minum petang.
Pancake dalam bahasa Melayunya, LEMPENG. Tapi tidak dalam keluargaku...Pancake yang gebu diberi nama jolokkan "Kueh Labi-Labi/Kueh Kura-Kura". Di mana datangnya nama jolokkan itu? Barangkali bentuk dan rupanya yang sedikit cembong seakan-akan cengkerang pada labi-labi/kura-kura, maka di situlah nama jolokkan itu muncul dari golongan generasi tua keluarga kami. Itu cuma hipotesis dariku.
Pancake kali ini hasil air tangan suamiku. Dari A hingga Z semua beliau yang lakukan. Aku cuma jadi tukang pemerhati, tukang bancuh teh O panas dan pembidik kamera ;).
Sangat sedap dimakan ketika masih panas. Asyik! Lebih sedap dimakan bersama limpahan madu ataupun sirap buah-buahan. Minum petang pada hujung minggu lalu, yang mengenyangkan bersama kueh labi-labi.
Lain kali, akan kami cuba pula dan kongsikan pancake perisa buah-buahan.
Resepi: AZMIE & VIVIE
Apa yang anda perlukan:
- 3 biji telur ayam (gred A)
- 1 tin susu cair/ susu segar
- 454 gm tepung halus/tepung gandum * (diayak sebelum digunakan)
- 170 gm gula kastor
- 3 sudu teh (sudu kecil) serbuk penaik = baking powder
Apa yang anda perlu lakukan:
- Pecah dan masukkan telur ke dalam mangkuk.
- Kemudian, masukkan susu ke dalam mangkuk tersebut dan pukul gabungan susu dan telur sehingga gebu dan sebati.
- Di dalam mangkuk berasingan, gaulkan bersama bahan kering iaitu tepung, gula kastor dan serbuk penaik dengan menggunakan garfu sehingga sekata.
- Kemudian, masukkan semua bahan kering tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur+susu tadi.
- Pukul dan putar adunan sehingga kelihatan lembap, sekata dan licin. Do not overbeat!
- Kemudian, ketepikan dan biar seketika selama 30 minit- 1 jam. Kami biarkaan adunan tersebut selama 1 jam untuk membenarkan tindakbalas serbuk penaik pada adunan tersebut.
- Setelah 1 jam, gaulkan sekali lagi adunan dengan sudu makan. Gaul sekata. Jika adunan terlalu likat pekat, campurkan dengan sesudu susu cair sahaja. (adunan yang kami buat tempoh hari tidak memerlukan campuran susu lagi kerana sudah cukup tepat kepekatannya).
- Panaskan kuali leper (frying pan) atau serabi (griddle) pada suhu api yang sederhana.
- Bungkuskan seketul kecil mentega dengan tisu dapur, kemudian sapukan permukaan kuali leper dengan mentega tersebut.
- Setelah cukup panas, letakkan sesudu makan adunan tadi ke atas kuali leper. Adunan tersebut akan mengembang lebar. Biarkan ia seketika.
- Apabila permukaan pancakes tadi menghasilkan gelembung/pori-pori dan kelihatan kering, gunakan spatula untuk menterbalikkan ke permukaan seterusnya. Biarkan ia cukup masak untuk kedua-dua permukaan iaitu menghasilkan warna kuning keemasan.
- Seterusnya, ulang langkah yang sama untuk memasak pancake seterusnya.
- Hidang ketika panas untuk rasa yang enak.






6 comments:
tell u wat, my second daughter saban weekend dok buat pancake ni hehehe
assalamualaikum, mesti sedap!!! salam kenal dr penang.. :)
dear K.A:
untung kak K.A punya anak dara yang rajin ke dapor :0).
dear syuhadah:
w'salam, salam kenal buat syuhadah. Terima kasih sudi singgah ke blog ini :0).
Kdg2 ada kedak rupa dorayaki pancake ktk tok kak. Haha.
Bena pdh org d ats, mun letak inti jem, kacang or coklat, lapis 2, kepit tepi2, maka jd dorayaki... Nyum3....
Post a Comment