Friday, March 23, 2012

TIPS SIHAT: Buang Lingkaran hitam mata lebam secara natural

Masuk ofis pastu cakap kat kawan sebelah "awat mata hang lebam"?*pastikan jantina kawan perempuan*
 For sure, kawan tu gelabah cepat carik compact powder untuk cermin area tang bawah bijik mata. Hatta kita sekadar gurau chakpikaboo pun bisa buat cewek-cewek tu cuak.

Tapi, tak semua lebam bawah mata tu hodoh. Ada yg ditakdir lebam mata tu comelll ya ampun CINTA! Tak caya tengok ni.
Jangan ragut lebam mataku. (T___T).

Sebenarnya ada banyak petua untuk pemuda  kurangkan lebam bawah mata. Kalau tak cukup duit beli any chemical cosmetic product untuk tutup cela tu, hari ini wahai nenek si bongkok tiga nak bagi tips berguna. Tak perlu bertapa d sebalik gunung ledang dapatkan petua ni. Cukup sekadar duduk beberapa minit depan blog ini ya cucu-cucu sekalian alam. Okey, checkidaut!

Tips nenek kebayan:
1. Tidur scukupnya.
Ya...nenek tau cucu zaman sekarang suka terpaksa rela tido lambat. Alasan bizi study* yang ni bila tiba time exam je korang buat. Nenek tau pasal nenek dah berzaman went through pengalaman tu*. kalau tak exam, korang gayut sampai pagi kan kan kan. Gayut-gayut ni nenek jarang buat sebab nenek takut jatuh ke tanah nanti otak bsepai. Tak pun berjaga online blog, tweeter, fb dan sekufu dgn mereka. Sekali sekala nenek buat jugak sampai hubby tetapkan masa untuk nenek online n sharp pukul 10pm time to sleep diiringi dendangan lagu twinkle-twinkle little star.

2. Gunakan uncang teh.
Kalau bancuh teh jangan dicampak buang uncang teh tu. Letakkan uncang tu kat bawah mata baring salama 10 minit. Kalau tak minum teh, rajin-rajin lah ketuk pintu jiran mak temah jiran sebelah sponsor uncang teh terpakai. Pastikan uncang tu bersih n bukan teh basi. Ekau sakit mato jgn claim nenek bagi petuo tak guno.

3. Minum air puteh secukupnya.
Jangan kau sekadar terpesona tengko orang lain cantik tanpa kau berbuat apa-apa. Cantik itu subjective. Semua kita cantik cuma kena rajin selalu jaga kesihatan diri. Ini tidak, krup krap krup krap telan junkfood fastfood kari lemak keju choco slurrp bagai...tapi kurang minum. Kalau minum, teguk air soda  dan kordial perisa tiruan over warna. Secara saintifiknya, makin la toksik jemaah rewang sakan dalam badan sampai buat pertubuhan di setiap genap organ badan including your eyes! Yes your eyebeg* tiru gaya prof cakap sambil tolak kaca mata kat hidung*. please flush out sisa-sisa toksik itu dengan bantuan air putih/air kosong untuk dikumuhkan sama ada through kencing/berak/peluh. Jangan la bergantung harap air soda untuk berkumuh sebab soda tu talam dua muka, peransang untuk peningkatan populasi toksik dalam organ kita. Sebab tu ada yang tua sebelum usia. Jadi mulai hari ini sila teguk banyak-banyak air kosong.

4. Gunakan timun
Kalau suka cerita korea, selalu nampak amoi cute comey lotey dlm drama letak timun kat mata. Bukan sekadar segarkan mata, tapi lambat laun boleh kurangkan lingkaran hitam eyesbeg. Tak nak bazir, lepas terapi mata, sila berulam makan timun tu cicah sambal belacan. Sedap! ada berani???

5. Urut
Urutkan bahagian mata tu dengan jus timun yang sejuk. Urut pelan-pelan... Jangan gosok macam kau sental kain cadar yang berkurun lama tak cuci. Kang terkoyak eyesbeg jangan salahkan nenek. Tak pasal-pasal pergi emergency unit eyesbeg kena jahit, dapatlah permanent scar lalu dinobat jadi beradik sebapak dengan lanun = adik tiri jack sparrow.

Sekian, dari nenek zaman klasik nasional.

3 comments:

Hanis MY said...

thanks for the tips V! alamak panda tu tak comel dah bila takde lingkaran hitam hehe... tak kesampaian lg nk tgk panda kat ueano zoo wuwuwu...

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

dear hani-chan:
Sama-sama, hani-chan =0)...
before hani-chan balik Malaysia time dekat nak habis study nanti, bawak aka-chan tengok panda..panda tu besar sgt..tapi hari tu vi ke sana panda tido lagi..tak nak bangun =0)

Anonymous said...

Nur Hj Ahmad: tetak ku nanga pics panda ats tuk... hahahaha