Tuesday, July 31, 2012

Hikmah & Nikmat dalam Pencernaan

Hubungkait sunnah Rasulullah S.A.W dan ilmu Sains Perubatan (topik: pencernaan). Fasa awal pencernaan berlaku di dalam mulut. Saliva(air liur) mengandungi enzim amylase & maltase untuk mencerna kanji serta enzim lingual lipase untuk permulaan proses mencernakan lemak. Kita digalakkan mengunyah makanan betul-betul lumat sebelum proses penelanan untuk melancarkan proses pencernaan di dalam perut dan usus, kemudian memudahkan proses penyerapan zat zat nutrisi ke dalam usus. Ilmu Sains Perubatan ini telah lama terbukti di dalam ISLAM. Di mana adab Rasulullah S.A.W ketika makan, Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan tersebut. subhanallah! (ditulis oleh: mrs.nurulazmi@vivilim)

2 comments:

Kesuma Angsana said...

betul tu Vi, tapi berapa ramai org skang yang kunyah 40 kali sebelum menelan, KA sendiri pun xde kot!

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

Dear kak KA:
betul kak....skrg semua nak cepat kan...kunyah pun kejap jer..sb tu byk penyakit timbul di akhir zaman kan :)