Eh bukan....Ini bukan entri mari berkongsi resipi tapi sekadar entri coretan stori yang berkadar terus dengan perihal makan.
"break the rules" selalu berlaku dalam hujung minggu kan kan.
Mulalah buat-buat lupa program diet yg punya la "strict" during weekdays.
Tapi hujung minggu:
Mari kak...mari menyumbat segala juadah idaman qalbu!
Perut asalnya bersaiz sekepal genggaman bertukar terus jadi sebesar gelen minyak cap buruh.
Sarapan: Aney! Roti canai telur 2
Makan tengah hari: lamb chop+ ice blended choco
Minum petang: laksa sarawak kaw santan! Udang dan ayam kasi banjir
Makan malam: nasi arab big portion + sirap bandung
Hidangan nasi arab yang lalu...
Minum malam: cheesecake + coklat panas
Tonton tivi: bantai kunyah keropok keju, eh! dah habis sebungkus...
Boleh buat-buat lupa kadar metabolisme tidak setinggi zaman anak dara.
Bangun besoknya jumpa hari Isnin terus rasa bersalah. Mula gelabah cari losyen pati halia tenyeh kat perut.
Buat-buat PMS salahkan isnin always monday blues!
Thats me! Vivi...sila jaga kesihatan!
Pergi senam..hiap hiap!