Eceh..apasal tajuk entri annoying sangat sampai terselam kenangan kelat time darjah 3 dulu. Tetiba teringat dengan guru Lee yang ajar subjek Bahasa Melayu dengan slanga cina sampai bapak susah hati sebab vi sebut matahari jadi matahali; lari jadi lali; beri jadi beli; gari jadi gali; jari jadi jali; kari jadi kali. Setiap malam sebelum tido emak mengerah saya sebut Rrrrrrr dengan derrrrras sekali. Sampai berjaya.
Guru Lee kalau mengajar selalu moody. Agaknya PMS sepanjang zaman.
Lebih suka guru Chiew ajar sebab guru Chiew gojes, vogue dan baik hati tak pernah mengamuk tanpa sebab dalam kelas. Masa tu balik rumah mesti saya ambil sepit baju, golong-golong rambut dengan harapan moga rambut beralun ikal mayang berombak-ombak seperti guru Chiew.
Okey, berbalik pada guru Lee. Bila dapat markah penulisan BM yang bertajuk "AKU SEBUAH BASIKAL" saya jadi sakit hati sebab rasa karangan saya lagi hebat kalau nak dibandingkan dengan karangan tulisan LC (singkatan nama kawan sedarjah dulu). LC dpt 85%, vi dpt 80%. Adakah kerana LC berperanan sebagai basikal BMX color pink dalam karangannya, lantas saya yang memegang watak sebagai basikal tua kerepot menyebabkan saya tidak layak dapat extra 5 markah. Oh! Diskriminasi apakah ini(T__T).
Ini kawan saya, LC.
Ini Saya, Basikal tua. Ayu pe.. buktinya ada bakul rotan. pink BMX ada???
Oh ye, saya tak nak tulis karangan Saya sebuah basikal. Saya dah lupa macam mana nak jadi basikal. Tapi kali ini saya nak tulis "SAYA DAN BASIKAL". Ini kisah benar. Ada berkaitan dengan hidup dan yang mati.
Pada suatu petang yang nyaman, saya meng "go head" basikal secondhand yang telah ketiadaan brek. Jadi kalau nak berhenti, pandai pandailah brek guna kaki sama ada heret kaki berselipar atas jalan ataupun kalau kayuh laju sangat sila letak kaki atas tayar dan pijak sampai berhenti. Awas jangan sampai cedera.
Tetiba adik dan kazen saya nita merayu-rayu nak tumpang basikal. Saya selaku main pilot: tukang pegang kepala basikal dan menentu hala tuju arah. Adik co-pilot 1: duduk di hadapan, tukang letak kaki kat tayar berfungsi sebagai brek. Nita co-pilot 2: duduk kat belakang, fungsi tukang kayuh basikal.
Masa kami sedang teruja sangat dengan kelajuan kayuhan basikal* kalau azizulhasni awang tengok mesti terharu*, tiba tiba......Ada sekelompok manusia yang ramai melepak tepi jalan, mereka terbahagi kepada kategori-kategori berikut, calon-calonnya adalah: emak-emak orang bergosip kosong, budak-budak main selipar tiga, cik pah bedah (nama diedit) berdating dgn boyfriend nya, dan atuk karim (nama arwah dipalsukan utk penghormatan) tengah melintas jalan dukung baby.
Saya suruh co-pilot 1 brek, dia tak mampu sebab kayuhan oleh co-pilot 2 sungguh ligat dan bersemangat. Saya suruh co-pilot 2 stop, tapi co-pilot 2 bengong pasal tak paham arahan kerana teruja sangat dengan hembusan angin kesan kelajuan.
Kami hampir-hampir melanggar atuk karim, atas kebijaksanaan main pilot, saya telah membuat pilihan tepat siapa yang harus dilanggar. Kalau langgar atuk karim sungguh seksa kesannya, sebab atuk dah tua jadi proses recover kesan rempuhan mungkin lambat. Lagipun atuk karim bawak baby jadi dua kategori itu punya sistem imuniti yg rendah. Kalau langgar emak-emak gosip pun tak syok. Sebab dikhuatiri emak-emak itu lagi hebat gosipnya satu kampung menyalahkan kami bertiga punca mereka cedera, lantas tak dapat masak untuk suami dan anak-anak. Jadi langgar cik pah bedah keputusan tepat! Sebab cik pah bedah muda jelita, tulang nya pasti lebih kuat dan bertenaga. Lagipun mungkin ini hukuman takdir untuk cik pak bedah kerana tak malu dating di khalayak ramai.
Lalu ku belok basikal ke arah belakang pah bedah. Pah bedah yang sedang kontrol ayu memegang sekuntum bunga raya pemberian boyfriend agaknya terkejut beruk pabila tayar basikal kami menerobos masuk ke celah kangkangnya. Hilang keayuan kerana pah bedah yg berkain batik terkangkang duduk terseret maju ke hadapan. Terima kasih kepada pah bedah secara tak langsung meminjam punggung untuk membrek basikal kami. Kalau tidak, kami akan terjunam jatuh ke dalam parit.
Pah bedah meraung kesakitan punggung. Boyfriendnya sungguh tak guna sebab gelak guling-guling sambil mengalir air mata. Lalu atuk karim bertanya kenapa langgar pah bedah?!! Emak-emak gosip tadi sungguh parparazi juga ingin tahu. Nak tak nak saya selaku main pilot terus membuat pembentangan secara detail why kami buat decision untuk jadikan pah bedah sebagai kambing itam.
Kini, sudah 20 tahun kisah itu berlalu. Namun tak pernah luput di ingatan kami. Saya berdoa moga pah bedah sihat walafiat dan majulah sukan basikal utk negara!
10 comments:
majulah sukan untuk negara! hehe
hahaha... sian ngan pah bedah... sakit jak punggungnya... nikah sik nya ngan bf nya tek... hehehe
Hahaha..serius lawak cerita ktk aih..sik pat cover tetak dah kmk depan bini kmk baca ya tek.ney ndak nya heran..kahkahkahkah..flow cerita best.suspen bila part memilih siapa yg patut d langgar.sempat agik dlm keadaan cemas nak molah pilihan oo..lawak eh..
turut bersimpati dgn nasib cik pah bedah..tayar masuk celah kangkang.hahaha...
p/s: header kacak..dah mcm web wedding photog.stail!
dear sis kikihanako:
hehehehehe...juh,mari bersukan gohet basikai =0)
dear sis masz:
hehehehe...cian nangganya masa ya mala jak gosok punggung laju-laju. sik kawen nya ngn bf nya. nya kawen ngn urg lain.
dear cikgu erol:
hehehehehehe....pilihan tepat dimenangi oleh pah bedah =0). sampei kinek tuk mun balit kampung malu mek mlimpas rumah pah bedah. hehehehe
TQ cikgu puji hasil kerja header kmk. nang bergasak hentam kromo kmk molah sb kmk sik pandei =0)
Haha.. Goleng2 kmk baca cerita ktk tok nek... Nasib sekda orang kerek kanan dgr kmk tetak.. Mun ndak ada kelak kenak cop sik betul.. haha..
dear cucu amirfx:
hehehehe....nasib bait cucu baca sorang2..=0). ya kisah silam ninek kecik2 dolok...suka gilak gohet basikal..lekak langgar pah bedah alu jerak makei basikal x da brek.
aduii lawak ya v... kesian pah bedah huhu...
Dear hani-chan:
Hehehe...sb tu kalu balik kampung vi segan nak lalu rumah pah bedah...=0)
hahaa.. kesian pah bedah. ;)
rumahnya nak ne satu bah? dapat kmk majine area rumah kitak walaupun dah lamak sik ke sia.. hahahah.. eran technician kmk lalu nangga.. nilit2 juak nya pa dibaca kmk... baca komen cikgu erol makin perey kmk.. adoheh..
Post a Comment