Tuesday, April 24, 2012

Posto!Posto!

Ding!Dong! Posto! Posto! Eh kali-3 dapat posto sejak hampir 3 tahun tinggal rumah hasil titik peluh kami sendiri. Sebab saya jarang guna home address untuk urusan surat- menyurat. Selalu guna alamat ofis.
Ingatkan surat bagi duit. Rupanya surat mintak duit. Patut ler tapak tangan kiri gatal dari pagi tadi. Tapi surat mintak duit ni bagus sebab akan tolong time emergency perlu pakai duit banyak serta mahu layanan first class tanpa jeritan ganas segelintir nurse-nurse separa ikhlas buat kerja. Ke mana posto membawa kita? Jom terjah...
Posto dari insuran etiqa! Berapa usia anda sekarang? Kalau dah tau usia kian berganjak ditambah lagi sudah berkarier tanpa perlu menganggu duit poket ibu bapa yg membanting tulang memerah keringat, apa salahnnya beli lah insuran time sihat tubuh badan demi time sakit di hari kemudian.
Tak kisah lah etiqa, prudential semua ok...


Ini kad medical saya. Etiqa...saya mesti pilih! * pinjam tagline bank rakyat*.

tidakkah kita mahu walau sakit tahap ya ampun nya nyawa, tapi masih mampu senyum sengih nampak gusi kerana layanan istimewa dari doktor pakar yang bagi informasi secara hormat dgn senyuman mesra; nurses yang lemah-lembut. Jangan rasa takut, kalau anda terkucir atas katil sebab nurses tak akan tengking anda atas kesilapan teknikal tubuh badan. Dah nama sakit mesti lah lemah tidak terdaya.

Part yang paling saya suka makan time. Menu menyelerakan! Barangkali boleh menyebabkan kita lupa status diri sebagai pesakit. konfius seketika ini restoren atau hospital. Emak kata kalau time tak sihat harus cuba banyak makan supaya cepat recover. Saya suka ucapan emak itu sebab saya suka makan. sakit tak sakit selera makan saya maintain okey. No significant difference at all.

Apa??? Anda kata tak cukup duit beli insuran? Porahhh! Beli handphone canggih manggih sampai 3 bijik ada budget la pulak. Peruntukkan sedikit dari wang gaji kita untuk beli insurans, agar tidak menyusahkan orang lain especially your own family nak uruskan itu ini nak nak keluarga terdekat kita pun lagi banyak tanggungan berat. Jangan salahkan ahli keluarga/adik beradik kalau mereka tidak mahu menolong anda dalam kesakitan. Semua ada bebanan masing-masing dan you should  prepare everything masa sihat ni sebab malang tak berbau.

p/s: saya bukan egen insuran. buat entri ni sebab nak ajak semua beli insuran demi masa depan.

4 comments:

Hanis MY said...

nice entry v-chan... hanis pun belum ambil insurans lg huhu tak sempat nk ambil sebelum study skrg jauh2 ni lg ssh..huhu

p/s: dah decide ke?

hani apandi said...

kmk ada juak insurans kak.bapak mek potong stiap bulan dari mek gik kecik lok.alhamdulillah, bguna juak bnda tok utk kes2 emergency.beh gik masa kita sakit.macam mak mek operate lok, nsb baek ada insuran tok.bnda tok la nolong meringankan beban sikit.so, memang pentinglah adanya insuran heee

Cik Amni said...

kamek dah kak V! heee.. reason yg sama.. supaya kita sik susahkan family di masa depan.. apa2 kita sik tauk nak.. yeay! senang ati dah nektok.. bak kata kawan kmk.. ninggal awal pun sik bingong (selain bingong amalan sik cukup) sebab insurance boleh cover hutang piutang n ada duit tinggal pakey family ngurus semua.. hohoho

Garlicum said...

Kak, insuran etiqa tok syariah compliant nak?