Showing posts with label CAKE. Show all posts
Showing posts with label CAKE. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Vanilla Butter Cake

Kek yang disajikan untuk sambutan Aidiladha yang lepas...
 
Masih ku ingat lagi aroma yang semerbak itu, wanginya Vanilla! Pertama kali aku kenal bau harum itu dari dapur emak. Air tangan emak memang sentiasa memikat hati anak-anak hingga kini dan selamanya hatta resepinya cukup mudah.
 
Setiap kali musim perayaan, emak selalu membuat kek mentega vanilla. Mudah dan Sedap! Ketika aku kecil, setiap kali musim perayaan adilfitri dan adiladha, inilah kek yang wajib emak adunkan buat anak-anaknya. Ketika itu, seingat aku belum wujud kek lapis di rumah kami. Aku tidak tahu kenapa: sama ada kek lapis belum wujud resepinya atau emak memang tidak punya cukup bahan untuk mengolahnya. Kek lapis sememangnya memerlukan terlalu banyak bahan-bahan jika dibanding dengan kek mentega vanilla. Lagipun, kehidupan kami ketika itu serba kekurangan dan harus berjimat cermat demi simpanan untuk masa depan.
 
Walau apapun hingga kini, jika ditanya antara kek lapis dan kek mentega vanilla yang mana menjadi pilihan? Jawapannya aku tetap memilih kek mentega vanilla kerana menurut deria rasaku rasanya lebih enak, lebih mudah dan cepat dimasak, yang penting kek ini membawa seribu satu nostalgia yang menerbitkan rindu terhadap kenangan kecil kami sesama adik-beradik.


Ketika mengadun kek ini, tersenyum seorang aku di dapur. Hati tercuit mengenang kisah kanak-kanak kami empat adik- beradik. Kisahnya begini: Emak selalu bersiap sedia membuat kek ini seusai solat tarawih. Siang hari emak enggan membuat sebarang persiapan kek raya kerana khuatir Bang Joy (abang ngah) batal puasa. Sebab Bang Joy sedikit nakal, dan sungguh tak tahan iman melihat adunan kek. Apatahlagi ini pula kek kegemarannya. Dialah paling rajin memukul bahan-bahan kek, sambil itu menjilat jari kalau ada tersisa adunan gula+mentega di jarinya. Itulah alasan utama kenapa emak membuat kek waktu malam selepas tarawih.
 
Walau jarum jam berangka 12 tengah malam, mata kami empat adik-beradik tetap tidak mengantuk kerana tidak sabar menunggu kek itu masak. Ketika itu, rumah kami tidak punya oven. Emak membakar kek menggunakan dapur minyak tanah. Sukar untuk emak menstabilkan suhu dapur. Maka selalunya kek tersebut sedikit berkerak sedikit hitam pada dasar dan tepi kek. Tapi ia tidak terbuang begitu sahaja. Sebab bahagian itu yang kami adik-beradik tunggu. Berebut-rebut mengadap kerak tersebut. Walau rasa sedikit manis dan pahitnya lebih kerana hangus, itu tidak menjadi masalah. Makan beramai-ramai dengan suasana berebut-rebut menyebabkan ia bertukar menjadi sedap!
 
Licin kami berempat kerjakan. Tiada pembaziran! Oleh itu mungkin...kehidupan kami kini penuh keberkatan kerana tiada pembaziran....mungkin...alasan itu diterima akal bagi yang menghargai erti hidup. 

Resepi Oleh: Azmie & Vivie

Apa yang anda perlukan:
  • 180 gram mentega (suhu bilik)
  • 180 gram gula kastor
  • 4 biji telur ayam (Gred A)
  • 180 gram tepung naik sendiri (ayakkan)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu sejat/susu cair/susu segar
  • secubit garam (campurkan ke dalam tepung naik sendiri)
  • manik gula berwarna (kuantiti terpulang pada kalian, tujuan untuk ditaburkan dalam adunan)
Apa yang anda perlu lakukan:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan loyang/acuan kek dengan sedikit sapuan mentega.
  2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla, gaulkan.
  5. Masukkan susu sejat diselang-seli bersama bahan kering: tepung naik sendiri dan garam, gaulkan hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang diselang-seli dengan menaburkan manik gula berwarna.
  7. Bakar selama 40 minit (oven kami) atau hingga masak keperang-perangan permukaannya.

Monday, October 29, 2012

Vanila Orange Up Side Down Cake

"If cooking is an art, baking is a science!" King Arthur Flour catalog.
Baking a cake makes you feel better about the world, and understanding the science puts the icing on it.

Setujukah kalian kalau aku katakan baking is a science? Bagiku baking adalah salah satu ilmu sains.  Ilmu sains itu luas. Ia merangkumi segala yang ada di alam semesta. Ilmu sains bukan sekadar duduk di kelas belajar sains secara khusus dengan guru yang pakar sains, bukan hanya memegang spatula dan kelalang kon di dalam makmal baharu dilabel sains.  Kawan, usah rigid. Berfikirlah secara kreatif,hasilnya kita mampu mengaplikasi ilmu dalam hidup dan menghubungkaitkan segala macam aktiviti di sekeliling ini.

Bagiku, baking umpama membuat kerja penyelidikan di dalam makmal. Ya, memangnya tidaklah 100% sama dengan amali kertas kerja penyelidikan, tapi secara asasnya tetap sama, tetap ada Materials and Methods. Dalam baking ku temui juga pH asid, neutral dan alkali. Ku temui tindakbalas kimia yang menghasilkan kek sama ada menepati citarasa "mouth watering" hasilnya. Atau ada juga hasilnya mengerunkan jiwa, lantas disedekah kepada tong sampah hasil yang gerun itu. Ku temui juga ilmu sains fizik di dalam baking. Seandainya dipukul laju adunan tersebut bagaimana hasilnya, kalau dipukul mengikut arah lawan jam berbezakah hasilnya, jika dipukul dalam tempoh singkat/lama samakah hasilnya. Semuanya akan terjawab andai anda juga mahu dan berani bereksperimentasi dengan ilmu sains makanan!

Jangan tanya padaku apa jawapannya (tentang kelajuan, tempoh dan arah lawan jam untuk baking), kerana itu tidak mencabar minda seandai budaya spoon feeding masih dipegang. Bereksperimenlah dahulu baharu kita sama-sama berdiskusi mengenai outputnya itu. Kerana aku juga seperti kamu, masih belajar tentang dunia baking. Eager to know, dare to try!
Ketika mengadun kek ini, aku teringat dengan seorang temanku, Kak Jay. Beliau kuliah Sains Makanan sekitar tahun 2002 di Fakulti Sains Makanan, UPM, Serdang. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali aku pasti merasa air tangan hasil eksperimentasinya. Kek yang sedap dan berkhasiat. Diadun penuh dengan ilmu Sains Makanan oleh Kak Jay. Yang paling menyeronokkan kek tersebut dibuat dengan materials yang bermutu dengan sukatan yang sihat untuk tubuh badan. Ketika itu, aku cukup kagum dengan jurusan yang Kak Jay ceburi. Terbit di dalam hati, kenapa aku tidak tahu menahu kewujudan jurusan Sains Makanan. Kalau kutahu, pasti jurusan ini menjadi pilihan utama semasa mengisi borang UPU. Semua itu ada hikmahnya. Astaghfirullah... Usah mengeluh duhai hati yang kadangkala terlupa erti syukur.

Sedarlah ilmu itu luas, selagi bernafas selagi itu kita mencari ilmu. Ilmu tidak terhad dipelajari secara formal. Malah secara informal pun kita boleh menuntut ilmu.Di mana kini, ku sudah temui cabang ilmu Sains Makanan dari dapurku. 

Di sini, akan aku kongsikan bersama kalian resepi kek asalnya dari Donna Hay. Aku memang sejak dari dulu lagi penggemar resepi Donnah Hay. Sepertimana tajuk rancangan Donna Hay dalam saluran TLC "Fast, Fresh, Simple: Recipes", begitulah hasil resepi ini.

Disajikan oleh: AZMIE & VIVIE
sumber rujukan: Donna Hay (from Season)
                           Yen (Food For Four)

What you will need:
  • 4 eggs (Vi guna gred A)
  • 1 cup caster sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup self-raising flour
  • 150g butter, melted
  • 1 cup almond meal (ground almonds)

sticky orange topping
  • 1 cup caster sugar
  • 1/2 cup water
  • 1 vanilla bean, split and seeds scraped (Vi gantikan dengan perasa vanilla)
  • 2 orages, very thinly sliced  

Way of doing it:
  1. Preheat the oven to 160°C.
  2. To make the topping, place the sugar, water and vanilla bean in a 2.5 litre capacity (10 cup) 20cm non-stick ovenproof frying pan over medium heat. Stir until the sugar is dissolved. Add the orange and simmer for 10 – 15 minutes or until the orange is soft. Remove from the heat and set aside.
  3. Place eggs, sugar and vanilla in the bowl of an electric mixer and whisk for 8 – 10 minutes or until the mixture is thick, pale and tripled in volume.
  4. Sift the flour over the egg mixture and fold through.
  5. Fold through the butter and almond meal.
  6. Pour the mixture over the orange and bake for 40 – 45 minutes or until cooked when tested with a skewer.
  7. Turn out onto a platter to serve.
Cooking Notes from Yen (Food for four blog's):
Instead of baking the cake in the ovenproof frying pan, I transferred the orange mixture to a 20cm x 4.8cm baking pan to cool and then to bake the cake in it.