Wednesday, May 9, 2012

Aku Cinta Umai kerana Mukah!

Ketika menaip entri ini, saya baru je lepas menikmati sedapnya umai. Terpaksa awal lunch sebab ada urusan penting jap lagi.
Gara-gara penangan sedap umai ori mari dari Mukah, sampai rumah kat KL terus semangat buat homemade fresh umai. Fully prepared by Vivi. Pheewwiitt! Macam tak percaya yang saya telah terjatuh cinta dengan umai. Siap pandai buat sajian umai lagi tu. Kalau sebelum ni, hanya so so je feeling kat umai, selalu hanya cicip umai obor-obor, yang lain Vi tak layan. Tapi sejak menjejak kaki ke Mukah , terus berubah 360 selera makan. Jatuh cinta dengan umai ikan pirang, ikan popot dan apa-apa sahaja hidupan laut yang boleh dibuat umai.

 Umai udang, hasil air tanganku, Walaupun rupa tidak rupawan tapi rasa umai hidanganku sungguh menawan!

ini bukan umai. ini udang masak kunyit sayur bendi. Dijamu bersama umai.

Sabtu pagi yang lepas, Vi bertolak sorang-sorang ke Mukah atas urusan kerja. Hubby tak dapat nak temankan sebab hubby pun ada urusan kerja kat site Shah Alam. Maka Vi terbang sorang-sorang membelah awan.

Vi ke Mukah naik flight. Transit kat Kuching.
KL --> Kuching --> Mukah --> Kuching --> KL. Penat tapi seronok! =0)

Sebelum ni, tak pernah terfikir pun akan sampai ke Mukah. Masa kecik-kecik selalu dengar pakcik story about Mukah. Masa tu mula la saya confuse Mukah and Makkah tu sama ke? Bila masuk sekolah, even subject Geografi tak da spesific story about Mukah, tapi dah boleh bezakan yang Mukah n Makkah tu different place, different location. Sebab dah pandai baca. Selalu tenung peta Sarawak kat ofis bapak, peta yang elaborate each division including small division kat Sarawak. Even my hometown yang cinonet saiz daerah nya pun ada dalam peta tersebut.

Rasa bangga sangat my hometown pun masuk peta *tetiba teringat iklan jadual waktu berbuka puasa kat tivi time bulan Ramadhan, mesti paparkan waktu berbuka kat setiap zon negeri. Rasa rindu n happy bila nampak my hometown yang jauh dari bandar pun tersenarai. lebih-lebih lagi manusia seperti AKU SEORANG MUSAFIR pasti memahami that kind of feeling. Happy + rindu lalu tak sabar nak balik beraya di kampung walau jauh beribu batu sanggup ku tempuh...Puasa pun belum tapi berangan nak raya*.

Dari KL ke Kuching naik flight Air Asia. Pagi-pagi dah terpacak depan LCCT. Sampai Kuching Airport dalam pukul 9 lebih, pastu pukul 12 naik flight ke Mukah. Naik twin otter! First time naik flight yang kecik.

 Masa masuk flight, rasa macam main pondok-pondok. Seat kecik comel. Then boleh nengok pilot pusing tekan button. Bila nak take off, rasa nak tercabut jantung siap melatah "oh nenek ko..." terkejut flight tu terbang tak sama macam  flight yang biasa saya naik sebelum ni. Twin otter terbang rendah daripada flight besar, tapi lebih tinggi ler dari layang-layang/wau. Perjalanan 1 jam ke Mukah. First time rasa gayat yang amat dalam flight; rasa nak muntah; pening semua ada.

I love Mukah. Tenang dan aman damai. Rasa tak nak balik KL yang selalu traffic jam n bingit. Tapi kena balik sebab rindu banget sama encik hubby. Kat Mukah cuma sehari sahaja. Tak banyak gambar yang diambil sebab penat dan nak menikmati udara segar Mukah dengan aman tanpa sibuk snap gambar. Cuma beberapa keping sahaja sempat saya snap.
 Tapak pesta kaul...

giant swing a.k.a Tibou..

tengah meeting dengan Amni & Ztie nak beli umai haruan, umai popot or umai pirang? disaksikan oleh mr.Sen.

Jutaan terima kasih buat Amni, Ztie n her hubby (Mr. Achi), En.Syar dan Mr.Sen!

5 comments:

Masz Sidek said...

kmk belum pernah sampay mukah... umai ya kmk sik berapa panday gilak nak makan... mun makan pun sikit2 jak...

*Vivilicious* said...

waaa...best. ktk g mukah kerja ka or berik talk psl vco ya? hehe nyum eh. adoh..smua rs nyum tok.

erolnukman said...

best eh ktk org..dapat berjumpa-jumpaan...hehehe

umai mukah juak yg terbaekkk...

ciK LyndaWawa said...

nyaman upa umai lok......=]

Mixed-family in da house.... said...

Sy pernah mkn umai jellyfish masa pergi Kuching. Mmg sedap!