Monday, October 1, 2012

Selamat Ulangtahun Hari Lahir yang ke-32, Sayang!

Birthday Chocolate cake.
Please excuse the messy look. I didn't trim the cake edges. Home made are supposed to look like that. Kenapa harus membazir? :)
 
Hard to believe that October is knocking the door! Bagai baru semalam September bertamu, pejam celik tanpaku sedar September sudah melambai pergi. Ketibaan October buat jiwaku sedikit bergetar kerana masih ada matlamat 2012 belum dilunaskan. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi we have to say good bye to 2012.
Masa ini masa yang sesuai untukku imbas kembali milestone yang dirangka sejak awal tahun. Mana yang selesai dilaksana, Alhamdulillah. Mana yang masih dalam progressi teruskan hingga ke titik akhir. Mana yang belum disentuh tugasan, lebihkan fokus. Mana yang belum mampu untuk direalisasikan harus jangan ada rasa putus asa, anjak ke tahun hadapan. Dengan syarat usaha dan jangan putus berdoa padaNya.
 29 September ku tunggu penuh senyuman. Tarikh tersebut harusku raikan. Mana mungkin kulupakan. Tarikh keramat lahirnya insan yang bergelar nakhoda dalam layar hidupku; imam dalam solatku; menteri kewangan dalam belanjawan hidupku.
Aku sering memanggilnya Mr.Brunei! Salah seorang anak Malaysia bertuah memegang kod negeri 71 pada mycard sebab lahir di luar negara. Bertemu jodoh denganku yang sungguh berdarah jati Sarawak memegang kod negeri 13 pada mycardku. Kini kami bersama-sama bermastautin di bumi Semenanjung dengan mengendong seribu satu rasa rindu pada kampung halaman. Rezeki kami buat masa ini masih tertulis di bumi Kuala Lumpur.
 Selamat hari lahir yang ke-32 buat suamiku. Moga sayang sentiasa bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. I love u so much!
** Resepi Kek Coklat Krim maskarpon*
Terima kasih buat sumber rujukan kerana memberi ilham dan ilmu untuk terciptanya kek ini.
 
Resepi diolah: Azmie & Vivie
Sumber rujukan: Donna Hay (untuk kek coklat & krim putih)
                Azlita masam manis (untuk ganache coklat)
 
 
Apa yang anda perlukan:
1. Bahan-bahan untuk kek coklat
  • 220g mentega (biarkan pada suhu bilik)
  • 440g gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 biji telur gred A (suhu bilik)
  • 300g tepung kek/tepung halus (*diayak)
  • 60g serbuk koko (*diayak)
  • 2 sudu teh serbuk penaik (*diayak)
  • 250ml susu segar/susu cair
  • *Bahan kering dicampur dan diayak bersama
 
 
2. Bahan-bahan untuk Krim Putih
  • 250g krim maskarpon
  • 300ml krim putar- bukan tenusu
  • 20g gula aising (optional)
 
3. Bahan-bahan untuk Ganache Coklat
  • 300ml krim putar- tenusu
  • 30g sirap glukos
  • 500g coklat bar (dihiris halus)
  • 20g mentega
 
 
Apa yang anda perlu lakukan:
A). Untuk Kek Coklat
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Alaskan 2 biji tin loyang bulat dengan kertas.
2. Pukul mentega dan gula kastor serta esen vanilla sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur dipukul sebati baharu masukkan telur seterusnya. pukul sehingga betul-betul sebati.
4. Masukkan susu segar/susu cair dan bahan kering secara selang-seli ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian secara sama rata.
6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam setiap loyang berasingan.
7. Bakar ke dalam oven sehingga masak. (Oven saya mengambil masa 45 minit). Keluarkan dari oven.
 
 
B). Untuk Krim putih
8. Apabila kek sudah masak dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik, pukul krim putar tenusu sehingga kembang- membentuk soft peak.
9. Kemudian dalam bekas berasingan pukul krim maskarpon sehingga kembang. Campurkan gula aising ke dalam adunan dan pukul lagi.
10. Kemudian, satukan bersama adunan krim putar. gaul dan pukul sebati.
11. Sapukan hasil adunan krim putih tersebut pada permukaan kek kemudian tindan dengan lapisan kek seterusnya. Lebihan adunan krim digunakan untuk membuat coating di luar permukaan kek. Biarkan sejuk pada suhu peti sejuk selama 1 jam.
 
 
C). Untuk Ganache Coklat
12. Didihkan krim putar tenusu dan sirap glukos.
13. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat gelap.
14. Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya (Kaedah double boil)
15. Tambahkan mentega.Kacau sehingga adunan licin dan berkilat.
16. Biarkan sejuk 5 minit. suhu suam ala ala kuku (pastikan adunan masih licin, berkilat dan tidak terlampau pekat. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim putih.Biarkan ganache coklat yang menyelaputi kek mengeras.

8 comments:

n.azzah said...

kak..i wanna try the cake..looks yummy!
hehe btw happy birthday hubby kak vi :D

Azmie & Vivie said...

Dear sis azzah:
Hai, dik azzah! :)
ok, tomorrow night kak vi nurun resipi di situk,k...:). the cake look messy but very yummy! :)
hubby kak vi ucap TQ for the wish :)

n.azzah said...

thanks!lak mek mok cuba mun dah balit rumah..hehe

Azmie & Vivie said...

Dear sis azzah:
Happy baking soon! :0).

Mieyna said...

so suwit.. gotta try the resipi oso.

Azmie & Vivie said...

Dear Sis Mieyna:
TQ :)
selamat mencuba n happy baking :)

Chenal said...

yo raso nak nyuruh wife molah kek cam tuk juakk! entengok...

Azmie & Vivie said...

dear bro chenal:
bah...copy n paste resepi yg dah diperturunkan tuk...ujong minggu tuk suroh wife polah bro...hihihihihihi...anak dara ktk mesti teruja mun diajak ngepok whipping cream ;0)