Tuesday, March 5, 2013

Ayam Panggang Madu





via Iphone 4 camera. 


Assalamualaikum...lamanya tak update blog. Superduper bizi. dah berbulan-bulan tak pegang kamera dslr. Sebab jadual kerja yang padat, terbantut hobi vi dalam fotografi. Sekadar mampu tangkap gambar guna kamera hp sb nak cepat jimat masa. 

Project 2 minggu lepas. Ayam panggang madu! Vi tolong prepare apa yang patut n marinate ayam tersebut dengan bahan-bahan resepi, tukang panggang En.suami. kami tak guna oven. Sb minggu tu suami sedikit lapang dan terlebih rajin, maka panggang cara manual...ala-ala barbeque! ;). 

Terima kasih Kak Amie/Salami sebab sudi berkongsi resepi yang sangat sedap! Izinkan vi copy n paste dan panjangkan resepi di sini. 


Untuk resepi ni, Vi guna 1/2 ekor ayam sahaja. Cuma kami suami isteri yang menjamu.


Sumber resepi: Kak Salami Simon 
(Thank you very much for sharing great recipe with readers) 


Copy and paste dari Kak Amie

Apa yang anda perlukan:Apa yang anda perlukan:
1 ekor ayam segar seberat 1.7kg - bersihkan dan tos

Bahan A:
5cm halia - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1 sudu makan Sos Ayam Pekat Maggie
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ayam pekat Maggie
3 sudu makan madu 


Apa yang anda perlu lakukan:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas - Amie panggang selama 90 minit.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B. 
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.

3 comments:

sabar dubai said...

Mcm nk try laa buat utk bukak poseni...terliurrr

Azmie & Vivie said...

Dear sis Sabar Dubai:
Selamat mencuba...n selamat bukak puasa utk ari ni :)

tenku butang said...

mak aii.. sedapnyaaa..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/