Friday, March 16, 2012

Dari Zero ke Heroin

Assalamu'alaikum and Hello

Agak segan jika ada orang yang memuji vi pandai memasak. Dalam segan tu lubang hidung tetap kembang semangkuk sebab terima pujian. Yelah... Siapa yangg tak suka kena puji, macam baru genggam PIALA ANUGERAH SURIRUMAH CEMERLANG alaf ini* rasa nak muntah, baldi kelabu ada tepi tu*.

Dulu cuma tahu makan je. Balik sekolah campak beg ke tepi, lari-lari pikul nafsu besar ngadap nasi. Kalau lauk sedap, menjamu nasi berpinggan-pinggan, tapi tak jugak gemuk-gemuk sebab metabolisme tinggi. Tapiii kalau lauk bukan idamaan qalbu,mkn dengan muka lesu dan slow motion kemudian kenyang hanya dengan dua suap nasi.. Syukur cepat insaf dan dah minta ampun maaf dari emak untuk menghapus dosa.

Perangai hanya pandai makan tu tetap champion hingga sekolah menengah. Memasak memang bukan dalam senarai hobi. Habis SPM mmg hari-hari free. Ringan tulang tolong emak buat kerja rumah. Masa tu cuma reti masak maggi tu pun stail rendam dlm air panas guna tupperware*teknik famous amos belajar dari asrama, budak asrama wajib tahu*.

Emak ajar masak telur goreng. Bersilat bagai siap bawak tudung pengukus sebagai perisai takut percikan minyak. Emak tengok pun risau, siapalah nak kahwin dengan anak aku ni kalau tak lulus SPM, lelaki suka makan maggi rebus air panas jer sanggup.
Dulu-dulu SPM tak lulus kena momok hendak dikahwinkan sebagai penyelesaian. Mak long tak risau langsung, sebab punya hyphotesis sendiri= perempuan tak reti masak selalu dapat suami ala-ala master chef!

Bila dah pandai goreng telur, teruja sangat lalu volunteer nak buat. Masak tiru gaya chef siap lambung-lambung kuali! Potong bawang macam bunyi peluru machine gun..mak ngah sebelahrumah dengar pun takut. Sampai naik muak arwah nenek sebab hari-hari telur goreng.
 Isnin: telur goreng biasa hangit
Selasa: telur goreng mata kerbo pecah
 Rabu: telur goreng bawang putih bawang merah
 dan berikutnya terus berkitar.

At last, emak tak bagi masak lagi sebab emak penat kemas dapur bertaburan. Padahal masak telur je tapi sepah kulit bawang bagai kenduri kahwin! Bila masuk uni, kesedaran sivik sebagai anak dara pujaan baru berputik bila tengok housemate terer masak. Masa tu brsungguh belajar ayam masak kicap. Cuti semester, test power masak kat rumah, bapak siap pejam mata hirup kuah katanya sedap ever!

Bila dah kahwin, Allah jodohkan dengan suami hebat macam master chef! Suratan atau kebetulan, hypothesis mak long tepat! Bertuah eden jumpo jodoh terer masak ;').

Tapi vi isteri yg terbaik* baldi ada kat tepi, serve service *.
 Mahu jadi isteri solehah mana boleh ambil kesempatan atas kehebatan suami d dapur. Di situ lah era kesedaran baiti jannati memuncak. Set dalam kepala learning of cooking is fun. Hari-hari masak buat suami tercinta. Dari zero turns to heroin! Tapi tidak la sehebat chef. Terimalah sampel potret kasih air tanganku yang mengenyangkan perut cinta hati.

Nasi Lemak Sayang Kasih Adik Hulurkan...

Nasi Bariani Bicara Hati ke Hati...
maaf gambar Ayam Masak Merah Cinta Membara tidak disertakan kerana alpa seketika untuk membidik kamera handphone...

Acar Timun Gelora Hati...

Kerang Sambal Kicap Setia Kasih...

Cendawan Goreng Nada Cinta...
 
Pencapaian vivi! Phew! Phew! ;').

* tulisan condong adalah nama tokok tambah untuk menimbulkan ruang rasa romantika di amour*

Kalau bizi bee sangat, at least yang ini buat santapan encik abang belahan jiwa.
sup fishcake

ikan terubok kukus
Moral of the story: cooking is fun! Esok cuti sila masak sedap-sedap buat suami masing-masing.

Sekian, paipai!

4 comments:

izyantyPersonalTaste said...

rasa happy je kan bila masak ada org makan n ckp sedap he3...nak jugak peluang camnie, tp lum kawin g huhu

Reena Sidek said...

lamak dah kmk sik makan kerang...
mun kmk molah kerang ya... kmk suka campur dgn sos tiram...

p/s : lapar perut kmk nangga barang makan kat atas...

hani apandi said...

kmk lom masterchef dlm masakan.uhuu.bila la mek nak seterer ktk.insyaALLAH 1 day! :)

Azmie & Vivie said...

dear izyantyPersonalTaste:
cepat-cepat kahwin..seronok tau =0)

dear masz:
kat semenanjung rega kerang jauh murah dari srwk...nang pulun kak vi beli =0)

dear hani yg manis:
suatu masa kelak hani yg manis pasti terer di dapur...bangga suami dpt isteri pandei masak =0)