Showing posts with label Kami Famili. Show all posts
Showing posts with label Kami Famili. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Emak yang Comel!

Alahai...berhabuk, bersawang bagai belog. Banyak stori nak cerita, tapi asyik tak menyempat nak online.

Memandangkan saya dalam stage rindu banget sama emak, jadi nak stori pasal emak. Genap 17 purnama dah emak tak datang KL. Ya! emak saya memang comel. Emak punya alasan yang kukuh kenapa comel jadi jangan sangkal sampai berdebat wacana hentak meja dengan saya nanti saya dan bapak kecik ati. Emak kamu pun comel jugak *bukan bodek tapi hakikat...semua emak-emak di dunia ini  sungguh comel dan terbaik di hati anak-anak* :').

1. Emak saya berjiwa muda. Suka color terang; saya suka color kusam. Emak kata test saya macam orang tua. Sebab itu saya semangat beli majalah Nona agar lebih anggun dari emak *mode tak nak kalah*.

2. Emak tak suka marah. nanti cepat tua. Sebab tu garisan kedut dinamik dan statik cuma sedikit di wajah emak berbanding wanita seusianya; tapi garisan dinamik sudah muncul di tengah-tengah bawah dahi saya (antara kedua-kedua mata). Harus control marah dan pergi kedai bodyshop beli scrup sental kulit muka.

3. Emak terer masak walau setakat resipi campak-campak. Tapi saya kena ada spatula, penimbang, silinder penyukat sampai saya sendiri confuse aku ni masak or buat experiment dalam lab.

4. Emak kalau pakai telekong comel sangat sebab availability menyarung telekong indon bunga-bunga kids size. tapi kalau I pakai sah sah nampak macam nenek tua nyanyuk perasan kanak-kanak belum mumayis.

5. Ketinggian emak cuma 145cm, di bawah paras laut. Tapi lahirkan anak-anak tinggi dan gebu-gebu, walau saya cuma lebih 4 cm dari ketinggian emak, i tetap tinggi dari emak kan kan kan.

6. Emak kalau baca newspaper tak nak sibuk-sibuk dulu pasal politik bikin kepala pusing, ekonomi bikin kedut kulit, gosip artis bikin jiwa kacau. Emak akan belek page mari bersenam urat saraf tunjang dan periferi dengan games seperti di bawah. Kalau emak tak jumpa perbezaan, maka saya dipanggil untuk membantu. Ala-ala talian hayat. Tunggu calling dari emak dan sama-sama belek halaman newspaper yang sama cuma koordinat lokasi kami tak sama: emak di Sarawak, saya di KL. Siapa cepat dia hebat!

Oleh kerana emak comel, jadi beliau dianugerahkan cucu-cucu comel. yang ini paling comel:
sentiasa berkepit di bawah ketiak nenek! Pipi buncit terlebih yis! Suka susu bancuhan nenek.

nak tido cari nenek; nak mandi cari nenek; nak nenen cari nenek.

awat muka hang macam anpanman?!

Oleh kerana ada iras & jantina kamu girls, maka title anpanman kita adjust jadi anpangirl (tak nak anpanwoman sb kamu belum akil baligh lagi).

Tunggu baby MIa dan pandai duduk, saya wajib book tiket cepat-cepat terbangkan mia dan nenek ke sini sebab nak gomol-gomol pipi anpangirl terlebih yis!

Friday, March 16, 2012

Dari Zero ke Heroin

Assalamu'alaikum and Hello

Agak segan jika ada orang yang memuji vi pandai memasak. Dalam segan tu lubang hidung tetap kembang semangkuk sebab terima pujian. Yelah... Siapa yangg tak suka kena puji, macam baru genggam PIALA ANUGERAH SURIRUMAH CEMERLANG alaf ini* rasa nak muntah, baldi kelabu ada tepi tu*.

Dulu cuma tahu makan je. Balik sekolah campak beg ke tepi, lari-lari pikul nafsu besar ngadap nasi. Kalau lauk sedap, menjamu nasi berpinggan-pinggan, tapi tak jugak gemuk-gemuk sebab metabolisme tinggi. Tapiii kalau lauk bukan idamaan qalbu,mkn dengan muka lesu dan slow motion kemudian kenyang hanya dengan dua suap nasi.. Syukur cepat insaf dan dah minta ampun maaf dari emak untuk menghapus dosa.

Perangai hanya pandai makan tu tetap champion hingga sekolah menengah. Memasak memang bukan dalam senarai hobi. Habis SPM mmg hari-hari free. Ringan tulang tolong emak buat kerja rumah. Masa tu cuma reti masak maggi tu pun stail rendam dlm air panas guna tupperware*teknik famous amos belajar dari asrama, budak asrama wajib tahu*.

Emak ajar masak telur goreng. Bersilat bagai siap bawak tudung pengukus sebagai perisai takut percikan minyak. Emak tengok pun risau, siapalah nak kahwin dengan anak aku ni kalau tak lulus SPM, lelaki suka makan maggi rebus air panas jer sanggup.
Dulu-dulu SPM tak lulus kena momok hendak dikahwinkan sebagai penyelesaian. Mak long tak risau langsung, sebab punya hyphotesis sendiri= perempuan tak reti masak selalu dapat suami ala-ala master chef!

Bila dah pandai goreng telur, teruja sangat lalu volunteer nak buat. Masak tiru gaya chef siap lambung-lambung kuali! Potong bawang macam bunyi peluru machine gun..mak ngah sebelahrumah dengar pun takut. Sampai naik muak arwah nenek sebab hari-hari telur goreng.
 Isnin: telur goreng biasa hangit
Selasa: telur goreng mata kerbo pecah
 Rabu: telur goreng bawang putih bawang merah
 dan berikutnya terus berkitar.

At last, emak tak bagi masak lagi sebab emak penat kemas dapur bertaburan. Padahal masak telur je tapi sepah kulit bawang bagai kenduri kahwin! Bila masuk uni, kesedaran sivik sebagai anak dara pujaan baru berputik bila tengok housemate terer masak. Masa tu brsungguh belajar ayam masak kicap. Cuti semester, test power masak kat rumah, bapak siap pejam mata hirup kuah katanya sedap ever!

Bila dah kahwin, Allah jodohkan dengan suami hebat macam master chef! Suratan atau kebetulan, hypothesis mak long tepat! Bertuah eden jumpo jodoh terer masak ;').

Tapi vi isteri yg terbaik* baldi ada kat tepi, serve service *.
 Mahu jadi isteri solehah mana boleh ambil kesempatan atas kehebatan suami d dapur. Di situ lah era kesedaran baiti jannati memuncak. Set dalam kepala learning of cooking is fun. Hari-hari masak buat suami tercinta. Dari zero turns to heroin! Tapi tidak la sehebat chef. Terimalah sampel potret kasih air tanganku yang mengenyangkan perut cinta hati.

Nasi Lemak Sayang Kasih Adik Hulurkan...

Nasi Bariani Bicara Hati ke Hati...
maaf gambar Ayam Masak Merah Cinta Membara tidak disertakan kerana alpa seketika untuk membidik kamera handphone...

Acar Timun Gelora Hati...

Kerang Sambal Kicap Setia Kasih...

Cendawan Goreng Nada Cinta...
 
Pencapaian vivi! Phew! Phew! ;').

* tulisan condong adalah nama tokok tambah untuk menimbulkan ruang rasa romantika di amour*

Kalau bizi bee sangat, at least yang ini buat santapan encik abang belahan jiwa.
sup fishcake

ikan terubok kukus
Moral of the story: cooking is fun! Esok cuti sila masak sedap-sedap buat suami masing-masing.

Sekian, paipai!

Nasi Arab "BREAK THE RULES"

Eh bukan....Ini bukan entri mari berkongsi resipi tapi sekadar entri coretan stori yang berkadar terus dengan perihal makan.

"break the rules" selalu berlaku dalam hujung minggu kan kan.
Mulalah buat-buat lupa program diet yg punya la "strict" during weekdays.
Tapi hujung minggu:
Mari kak...mari menyumbat segala juadah idaman qalbu!
 Perut asalnya bersaiz sekepal genggaman bertukar terus jadi sebesar gelen minyak cap buruh.

Sarapan: Aney! Roti canai telur 2
Makan tengah hari: lamb chop+ ice blended choco
Minum petang: laksa sarawak kaw santan! Udang dan ayam kasi banjir
Makan malam: nasi arab big portion + sirap bandung



Hidangan nasi arab yang lalu...

Minum malam: cheesecake + coklat panas
Tonton tivi: bantai kunyah keropok keju, eh! dah habis sebungkus...

Boleh buat-buat lupa kadar metabolisme tidak setinggi zaman anak dara.
Bangun besoknya jumpa hari Isnin terus rasa bersalah. Mula gelabah cari losyen pati halia tenyeh kat perut.
Buat-buat PMS salahkan isnin always monday blues!

Thats me! Vivi...sila jaga kesihatan!
Pergi senam..hiap hiap!

Sunday, March 4, 2012

Putu Piring Mari!

Hujung minggu, kalau keluar hatta setakat menapak ke kedai runcit, tetap mencari kudap-kudapan. Kalau rajin, Vi masak sendiri kudapan buat kunyahan kami. Tapi kadang-kadang, teringin nak merasa kudapan home made dari orang lain. Tak demand yang mahal-mahal. Cukup sekadar membeli-belah cekodok pisang 4 biji, kuih badak berendam 3 biji kat depan kedai Wak Sudir pun dah kira okey.
Semalam, lepas keluar sekadar pergi bank temankan hubby, kami pun sama-sama ronda sekeliling cari kudap kudapan buat juadah minum petang. Tetiba teringat-ingat akan kuih putu piring yang sedap ever! Sanggup pandu pergi Meru semata-mata nak Putu Piring Meru Mari! ;').
Putu piring paling sedap dalam diari hidup kami. Beli 2 bungkus, 4 biji RM2. Teringin nak cuba buat homemade putu piring oleh jejari sendiri. Tapi belum sampai seru lagi. Takut tak jadi...kang jadi kutu mereng, sapa nak makan??!
Rupa paras putu piring. Jamu waktu panas-panas after kukusan, memang superb.
Sambil tu, jamu dengan teh O hangat dari teko logam klasik. Memang asyik...
Tepung beras+gula melaka+kelapa parut. Oishi! kata boss Jepun hubby.
Tadi, keluar lagi...cari putu piring, teringat-ingat dibuatnya.

Sekian, Paipai!

p/s: Esok nak jumpa supervisor...=0)

Saturday, March 3, 2012

Story about Bīngqílín (冰淇淋)

Semalam, pergi jumpa doktor. Masa tunggu hubby selesai solat Jumaat, duduk lepak sorang-sorang baca harian metro. Belek punya belek, berhenti seketika pada helaian mukasurat yang ada gambar 冰淇淋!
 
Bīngqílín (冰淇淋=ice cream)
very tempting! mata sepet terus menjadi bundar!

Bila bercerita mengenai Bīngqílín, tentu semua suka kan (sila sebut dgn bunyi begini "pingchilin").
Belum pernah lagi Vi jumpa org tak pernah makan ais krim,  rata-rata org yang Vi kenal n jumpa semua suka ais krim walaupun bukan sefanatik Vi ;0).
Kalau ada yg tak makan ais krim mesti bersebab.

Antara sebab yang Vi tahu ada 3: punca utama "on diet.
ni selalu dengar kawan-kawan sekeliling suarakan...tapi tidak lah mereka langsung tak sentuh ais krim, maybe sebulan sekali or 2 bulan sekali baru mereka makan...tepukan hip!hip! hooray! utk sesape yg begitu berdisiplin berdiet...

punca kedua pulak sakit gigi.
kalau sesape yg tengah frust menonggeng tahap gaban menahan panahan tusukan sakit gigi, mmg tahan nafsu terhadap ais krim..Andai ditawar 10 kon aiskrim pun, tak hinggin dipandang apatahlagi dirasa.
Jangan kata ais krim, even nasi yangtak manis pun org sakit gigi tolak ke tepi.
Tapi after jumpa dentist then gigi dah cabut or tampal ke, senang cerita bila tak sakit lagi, of coz ais krim yang kita offer tadi depa tuntut kembali .Tapi malangnya tarikh tuntutan sudah luput..tawaran hanya dibuat time sakit gigi je..)erm..hampeskan..

punca ketiga: org yang dalam post-partum period.
Ape tuh? wanita dalam berpantang after give birth . Nak makan tu boleh je...tapi kalu nak kena pelangkong emak atau MIL boleh la...;0). Sila cuba kalau ingin mendengar frekuensi dan volume emak mencapai impak maksima!

Masa Vi tengah online duk googling sesuatu, entah mcm mana terjumpa satu artikel tak berkaitan langsung dgn research study Vi. Artikel tu stori pasal diet. Perkara normal, mesti Vi si pipi buncit ni transit kejap baca artikel tu. Kata nya, nak diet kena disiplin ketat...Tapi vi tak mampu disiplin ketat, cuma tahu peluk ketat2 jer..(eceh..geli tau) ;p. Dan jaga pemakanan..betoi sangat tu...antara senarai makanan yg tak boleh makan kerap jika berdiet adalah: ice-cream! Oh No!

Mana mungkin untuk minah ais krim seperti Vi mengusir ais krim dalam diari makanan. Kalu seminggu tak makan ais krim, boleh naik pitam **lakonan semata-mata...sb alasan nak ice-cream jugak**
 kalu kekang nafsu tanpa ice-cream, mcm tak indah nya dunia (alasan lagi...).

Sekian sahaja, Terima kasih sudi membaca!
Paipai!
 
p/s: nak ajak hubby cari ais krim la lepas ni =0)

Sunday, February 26, 2012

Si dia & Kotak Merah Putih

Assalamu'alaikum dan Hello semua @>;------

 Pada satu lewat petang yang lalu, dapat kotak merah putih  dari si dia...
Masa tu, tengah sibuk main masak-masak nasi briyani kat dapur comel kami
:::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::

 wah! Si dia memang hebat...macam ahli nujum pak belalang =0)
dapat teka sang bini tengah kepingin nak menikmati kek keju!

Bila ditanya macam mana tahu?
Si dia jawab sebab sang bini tidur malam mengiggau sebut "nak kek keju" sebanyak 5 kali

Sang bini memang peminat tegar kek keju
Cuma belum sampai seru nak bikin kek keju hasil tangan sendiri
(alasan = takut tak jadi)

 Wah! Rupa nya Angry Bird pun ada...
Tetiba teringat dengan games Angry Bird yang dah tamat level sang bini kerjakan

Si dia yang perkenalkan....
sb Si dia kasihan melihat sang bini berkerut-kerut dahi membaca muka buku
rehat seketika bukan bersama Kitkat..tapi bersama melastik Angry Bird

 Merasmi Angry Bird sebelum menjamu kek keju idaman kalbu...

Tamatlah riwayat Angry Bird setelah kepala nya dipenggal sudu

nak tahu siapa si dia???

si dia = roomate sejatiku = Suami ku yang tercinta =0)

p/s: Tuan empunya belog ini sedikit sibuk mengurus rutin harian. Insha-ALLAH, bila sedikit lapang nanti, cuba berziarah ke belog kalian dengan meninggalkan khazanah cap jari =0)

Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum...
and hello! =0)

Antara perkara paling menyeronokkan dlm hidup Vi adalah sambutan hari Maulidur Rasul.
Kebiasaannya, suasana desa tercinta sungguh meriah selama 3 hari berturut-turut dgn alunan zikir, selawat dan kenduri-kendara. Alhamdulillah, hari tu Vi berkesempatan balik sekejap menolong emak masak-masak sempena sambutan Maulidur Rasul.

kulit kayu manis -persediaan untuk ayam masak merah
ikan bilis- khas utk sambal buah kedondong

Gambar sengaja Vi sunting ala-ala 'vintage' untuk menimbul mood kenangan/nostalgia di kampung tercinta =)

Antara bahan-bahan untuk memasak

parutan buah kedondong utk menghasilkan resepi sambal
hirisan bawang merah utk dijadikan tumisan buat sup tulang...

bawang besar yang emak hiriskan
tangan gebu emak sedang menghiris daun sup

kobis buat masakan sayur campur
dan ledakan air kuah sup dlm periuk besar...sampai ke hari ini teringat-ingat pada aroma sup tulang lembu

gulai - untuk dicampur bersama sayur
ayam goreng - in the making of ayam masak merah

 suasana meriah berkumpul-kumpul beramai-ramai mmg menyeronokkan

ayam masak merah...sedap!
sambal buah kedondong + belacan memang pemuka selera

gulai ayam sayur campur
sup tulang lembu yang sungguh enak

dan tak lupa, pencuci mulut. Kuih manis berinti kacang putih serta agar-agar pandan santan.

Ok, itu sahaja.
Paipai! =0)

Friday, November 25, 2011

Our Newborn Niece =0)

Assalamu'alaikum, salam Jumaat...
and Hello! =0)

Iklan kejap...next entri sambung balik stori-mori catatan visiting Japan...
Sempena hari Jumaat hari yg mulia penghulu sgala hari, Vi nak kenalkan our newborn niece pada kwn2 semua =0)
Taadaa!
pipi buncit terlebih yis! =0)
rasa nak cubit2 je si pipi buncit ini. Emak nya beradik ngn Vi =0).

 Name: Hannah Damia binti Mohamad Faizal
Nickname: Baby Mia
D.O.B: 17/11/2011
 P.O.B: General Hospital, Kuching, Sarawak.
Weight: 3.1 kg
 Berat pipi: lagi berat drpd kaki....ngeeehihihihi...

Baby Mia selamat dilahirkn pada hari Khamis malam Jumaat (minggu lepas)... awal pagi, adik mengadu kat emak yg dia sakit perut sikit je n kluar stompok dua kecik darah. Adik bagitau, blm ada tanda2 nak due. Ikut kat report card, due 27 Nov 2011. Emak on da spot, capai telefon calling2 Vi awl pagi tanya pendapat.

Vi dgn mamai nya capai telefon "sape pulak telepon pagi2 buta ni?" mata pejam, tapi tgn tcari2 mana telefon ni...hubby tolong angkat phone kmudian pass kat Vi. Bila dgr suara emak "terus mata jadi segar-bugar sb suara emak mcm nervous. Lepas tu, Vi bagitau emak, bagi adik mamam dulu kmudian pergi hospital sb Vi yakin adik akan due pd hari tsebut. Adik cool je siap masak n mamam byk2...emak yg gementar lebih ;').

Vi dh bagitau adik awl2, make sure sila congak awal seminggu utk tarikh due. Kebiasaannya, zmn skrg baby lahir mmg awl bbrapa hari dari tarikh yg ditulis dlm report card. Kawan Vi kat UM, baby lahir awal 4 minggu tu. kelam-kabut kwn Vi pergi hospital. 


 Inilah kali pertama Vi gemuruh dgr org nak beranak. Kalau sblm ni, cool je. Sb Vi ngn adik sgt2 rapat, sb itulah perasaan gemuruh, excited, takut, gumbira semua nya ada... kejap2 cal emak, kejap2 Vi cal adik ... Vi siap tanya adik:

Kakak Vi:  "dik...sakit tak?"

Adik Nur: "Err....sakit yg mbuat kita tersenyum + terharu...tersenyum sebab tak sabar nak nengok baby either girl or boy...terharu sb dpt merasa pahit maung perit letih emak mlahirkan kita di dunia ini."

Kakak Vi: " adik...baca Bismillah, zikir n selawat byk2 tau...kakak pun doa n solat hajat utk adik moga adik n baby selamat."

Adik Nur: "adik pun doa moga suatu masa nanti, Allah kurniakan kakak zuriat. Kakak kena kuat, sabar dan jgn putus harapan utk berdoa & meminta pada ALLAH. Yakinlah pada ALLAH "

Kakak Vi: "Ameen ";'0).

Cpt2 Vi amin kan doa seorang ibu yg sdg bjuang utk mlahirkn baby.
Terharu...terharu..sob..sob..(T__T).

SyukurAlhamdulillah, adik selamat mlahirkan baby Mia after bergema azan Isyak. Dan Vi & hubby pun lega, gumbira dan kami pulak over excited nak shopping barangan baby utk Mia. Sakan betul mbeli-belah utk Mia...Muuaaah! Tak sabar nak peluk2 timang2 baby Mia. December nanti nak jumpa baby Mia =0).

Kakak Vi: "dik....nanti Mia panggil adik mcm mane, mama, ibu, mummy, ummi, omma, mom, emak?"

Adik Nur: "adik nak Mia panggil adik dgn panggilan EMAK. Sb I love EMAK very much! "

SAYANG EMAK SANGAT2. BALIK NANTI NAK HUG EMAK KUAT2! =0).