Showing posts with label Hannah Damia. Show all posts
Showing posts with label Hannah Damia. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Aloha! :)

Haziq Zulqarnain

Alahai.... penat tapi seronok! Actually, 3 days ago I just went back from my home town. Walaupun tak balik ke desa tercinta sebab takat bercuti kat Kuching sahaja, tapi rindu terhadap orang tua terubat since my parents stay with my youngest sister at Kuching. Cuma rindu terhadap my nephew- Haziq and her sister Nurul jer belum terubat. But it's ok, nanti raya nak hug hug kiss kiss semua anak saudara. Luckily Hannah Damia (my niece= my youngest sis daughter) pengubat rindu! Rasa tak puas gomol-gomol timang-timang Hannah Damia. Culik her small bolster pillow and orange dress buat penawar rindu bila sampai KL. Suka sangat-sangat dengan bau baby...wangi! :)

She's so cute! sangat senang nak jaga sebab tak mudah meragam


Hannah Damia and her emak

My awan Nano!

Take a look at his hair style! ikal sungguh macam Hafiz awan nano! :).
the handsome young little man in the photo above = my hubby! Jumpa gambar ni masa duduk lepak with MIL....pastu, MIL and FIL bagi tengok semua gambar2 hubby masa kecik2 dulu. Cute!

P/S: kalau sempat nanti vi buat blogwalking. ni curi masa update blog sb super duper busy with my books. Study sebab nanti ada mock- teaching depan panel2. Wish me luck! Amin :)

Monday, April 23, 2012

Emak yang Comel!

Alahai...berhabuk, bersawang bagai belog. Banyak stori nak cerita, tapi asyik tak menyempat nak online.

Memandangkan saya dalam stage rindu banget sama emak, jadi nak stori pasal emak. Genap 17 purnama dah emak tak datang KL. Ya! emak saya memang comel. Emak punya alasan yang kukuh kenapa comel jadi jangan sangkal sampai berdebat wacana hentak meja dengan saya nanti saya dan bapak kecik ati. Emak kamu pun comel jugak *bukan bodek tapi hakikat...semua emak-emak di dunia ini  sungguh comel dan terbaik di hati anak-anak* :').

1. Emak saya berjiwa muda. Suka color terang; saya suka color kusam. Emak kata test saya macam orang tua. Sebab itu saya semangat beli majalah Nona agar lebih anggun dari emak *mode tak nak kalah*.

2. Emak tak suka marah. nanti cepat tua. Sebab tu garisan kedut dinamik dan statik cuma sedikit di wajah emak berbanding wanita seusianya; tapi garisan dinamik sudah muncul di tengah-tengah bawah dahi saya (antara kedua-kedua mata). Harus control marah dan pergi kedai bodyshop beli scrup sental kulit muka.

3. Emak terer masak walau setakat resipi campak-campak. Tapi saya kena ada spatula, penimbang, silinder penyukat sampai saya sendiri confuse aku ni masak or buat experiment dalam lab.

4. Emak kalau pakai telekong comel sangat sebab availability menyarung telekong indon bunga-bunga kids size. tapi kalau I pakai sah sah nampak macam nenek tua nyanyuk perasan kanak-kanak belum mumayis.

5. Ketinggian emak cuma 145cm, di bawah paras laut. Tapi lahirkan anak-anak tinggi dan gebu-gebu, walau saya cuma lebih 4 cm dari ketinggian emak, i tetap tinggi dari emak kan kan kan.

6. Emak kalau baca newspaper tak nak sibuk-sibuk dulu pasal politik bikin kepala pusing, ekonomi bikin kedut kulit, gosip artis bikin jiwa kacau. Emak akan belek page mari bersenam urat saraf tunjang dan periferi dengan games seperti di bawah. Kalau emak tak jumpa perbezaan, maka saya dipanggil untuk membantu. Ala-ala talian hayat. Tunggu calling dari emak dan sama-sama belek halaman newspaper yang sama cuma koordinat lokasi kami tak sama: emak di Sarawak, saya di KL. Siapa cepat dia hebat!

Oleh kerana emak comel, jadi beliau dianugerahkan cucu-cucu comel. yang ini paling comel:
sentiasa berkepit di bawah ketiak nenek! Pipi buncit terlebih yis! Suka susu bancuhan nenek.

nak tido cari nenek; nak mandi cari nenek; nak nenen cari nenek.

awat muka hang macam anpanman?!

Oleh kerana ada iras & jantina kamu girls, maka title anpanman kita adjust jadi anpangirl (tak nak anpanwoman sb kamu belum akil baligh lagi).

Tunggu baby MIa dan pandai duduk, saya wajib book tiket cepat-cepat terbangkan mia dan nenek ke sini sebab nak gomol-gomol pipi anpangirl terlebih yis!