Sunday, March 4, 2012

Putu Piring Mari!

Hujung minggu, kalau keluar hatta setakat menapak ke kedai runcit, tetap mencari kudap-kudapan. Kalau rajin, Vi masak sendiri kudapan buat kunyahan kami. Tapi kadang-kadang, teringin nak merasa kudapan home made dari orang lain. Tak demand yang mahal-mahal. Cukup sekadar membeli-belah cekodok pisang 4 biji, kuih badak berendam 3 biji kat depan kedai Wak Sudir pun dah kira okey.
Semalam, lepas keluar sekadar pergi bank temankan hubby, kami pun sama-sama ronda sekeliling cari kudap kudapan buat juadah minum petang. Tetiba teringat-ingat akan kuih putu piring yang sedap ever! Sanggup pandu pergi Meru semata-mata nak Putu Piring Meru Mari! ;').
Putu piring paling sedap dalam diari hidup kami. Beli 2 bungkus, 4 biji RM2. Teringin nak cuba buat homemade putu piring oleh jejari sendiri. Tapi belum sampai seru lagi. Takut tak jadi...kang jadi kutu mereng, sapa nak makan??!
Rupa paras putu piring. Jamu waktu panas-panas after kukusan, memang superb.
Sambil tu, jamu dengan teh O hangat dari teko logam klasik. Memang asyik...
Tepung beras+gula melaka+kelapa parut. Oishi! kata boss Jepun hubby.
Tadi, keluar lagi...cari putu piring, teringat-ingat dibuatnya.

Sekian, Paipai!

p/s: Esok nak jumpa supervisor...=0)

4 comments:

Hanis MY said...

V my fav ni! kalau jumpa mesti best kan boleh mkn byk makanan fav kita yg byk persamaan...

thanks v, menanti tekak baik dgn pnh kesabaran... mcm mn nk ilngkn hiding terus at eh? naik sengau dah suara huhu...

izahdaut said...

wiiii bestnya putu piring. pepulak dpat gula merah tu wangii je berbau pandan sekali. paling best putu piring ni kat kampung la. yang tukang buat pulak alim bertudung labuh tersenyum. tapi sayang.. dah tak de sekarang. sob sob

AmirFX said...

Sik pernah kmk jumpa putu cemya nek... Bok pes taem lah nangga nya... Kedak popia ada juak rupanya...

Azmie & Vivie said...

Dear hani-chan:
Get well soon, hani-chan. banyakkan rehat, minum air suam banyak-banyak. Tidur kena cukup dan jangan stress. Insha-ALLAH, pasti cepat recover balik. Kita ada banyak persamaan kan. I love it! nanti balik Malaysia, vi belanja hani-chan putu piring meru, okey =0).

Dear kak izah:
Setuju ngn akak. kalau dapat yang fresh from kampung homemade punya putu piring lagi syurga kan. Sedap dan harga berpatutan. bau pandan +gula melaka memang betul-betul memikat jiwa =0)

dear cucu amirfx:
kat Kuching sik pasti ninek ada ndak kuih tuk. Susah maok carik kat sarawak. Tapi kuih putu nang sedap gilak. kelak cucu dtg KL, jgn lupak ncerik mamam putu piring. Sedap! =0)