Monday, September 10, 2012

Chocolate Indulgence Cake





Assalamu'alaikum and Hi buat semua. Buat kek ni dah lama...almost 3 months ago kalau tak silap, tapi baru hari ini ada sedikit masa terluang nak taip entri. Thank you very much to Sis FnF atas perkongsian resipi yang sedap ini! The taste exactly like the real from secret recipe. Walau makan masa nak tunggu mousse tu menjadi, tapi kesabaran berbaloi dengan keenakkan kek tersebut. Thank you very much to Mr.Hubby sebab bertungkus-lumus turun ke dapur bantu puan isteri. Mr.Hubby tolong prepared the mousse, potong and lapis kan kek tersebut layer by layer pasal puan isteri dah tak larat. huhuhuhu...apa yang penting, kerjasama! (pinjam tagline wonderpet). 

Resepi kek span coklat
Sumber rujukan: Sis FnF (TQ very much for sharing the great recipe)

10 bj kuning telur
5bj putih telur
100g gula halus
80g tepung halus (FnF guna tepung kek jepun yang sangat halus)
20g tepung jagung
30g cocoa powder
15g ovalet
130g butter cair atau minyak jagung
1/2 sk baking powder

Cara2
Pukul gula, telur, ovalet sehingga gebu dan kental ( FnF pukul asingkan putih dan kuning telur...pukul putih telur hingga merigue...dalam bowl lain pukul kuning telur, ovalet, gula hingga gebu...then satukan putih dan kuning telur)
Ayak tepung, tepung jagung, coco powder dan baking powder
Kaup balik campuran tepung ke dalam adunan telur sehingga sebati
Masukkan butter cair atau minyak jagung, adun sebati
Masukkan adunan ini di dalam loyang 9 inci. Boleh juga guna 2 loyang sama saiz.
Bakar selama 30min pada suhu 175C
Sejukkan sebelum dipotong 4 bahagian mendatar. Jika guna 2 loyang, potong 2 bahagian mendatar sahaja.

Coffee syrup (optional-lagi best kalau drizzle with coffee syrup)

1 sudu besar nescafe
2 sb gula
100ml air panas

Larutkan nescafe dan gula dengan air panas. ketepikan.

White chocolate mousse

200g coklat masakan putih (FnF guna 5 bar white chocolate Meiji...sedap seh)
100ml fresh milk
2 kuning telur (pukul dahulu)
2 putih telur
60g gula kastor
250ml fresh milk - pukul hingga kental
2 sb gelatin
50ml air

Cara2
Rendam gelatin dengan air hingga kembang. microwavekan hingga gelatin larut (boleh guna kaedah double boil)
Cairkan coklat masakan putih secara double boil atau guna microwave, masukkan kuning telur diikuti gelatin. Gaul sebati.
Dalam bowl lain, pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula, pukul hingga meringue.
Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan coklat putih yang masih panas.
Masukkan fresh cream yang telah dipukul kental dan susu cair. Gaul sebati.
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku.
Kemudian keluarkan dari peti sejuk dan pukul semula sehingga kembang sebelum digunakan.


Dark chocolate mousse


200g coklat masakan hitam
2 kuning telur (pukul dahulu)
2 putih telur
60g gula kastor
1/2 sb butter
250ml fresh milk - pukul hingga kental
1 1/2 sb gelatin
50ml air
Cara2
Rendam gelatin dengan air hingga kembang. microwavekan hingga gelatin larut (boleh guna kaedah double boil)
Cairkan coklat masakan secara double boil atau guna microwave, masukkan kuning telur diikuti gelatin. Gaul sebati.
Dalam bowl lain, pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula, pukul hingga meringue.
Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan coklat hitam yang masih panas.
Masukkan fresh cream yang telah dipukul kental. Gaul sebati.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Kemudian keluarkan dari peti sejuk dan pukul semula sehingga kembang sebelum digunakan.

Topping ganache

150ml fresh cream
350g dark cooking chocoloate
1 sb butter

Cara2
Panaskan fresh cream secara double boil. Masukkan cooking chocolate dan butter. Kacau hingga cair. Tuang atas kek.

Cara assemble

Potong kek kepada 4 bahagian.
Letak kek ke dalam loyang 9 inci (loose base tin). Drizzle dengan coffee syrup. Then, sapu mousse putih dan ratakan. FnF guna piping bag untuk mousse.
Letak kek kedua. Drizzle dengan coffee syrup. Sapu mousse coklat hitam dan ratakan (FnF guna piping bag untuk mousse).
Letak kek lapisan ketiga. Drizzle with coffee syrup. paipkan baki mousse putih dan ratakan.
Letak lapisan terakhir kek. Sapu keseluruhan kek dengan mousse hitam. Simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga mousse mengeras semula.
Letak kek atas wire rack, tuang topping ganache rata2 keseluruhan kek.
Simpan peti ais.

Potong menggunakan pisau yang telah direndam air panas, lap dan potong kek. Ulang langkah ini untuk mendapat potongan yang cantik.





5 comments:

Anonymous said...

mood memasak skang ni tgh kurenglah Vi!.. neway tq resepi nyer !

erolnukman said...

nang perhhhhh!!!

hehehe..tang tiba2 nak.
selamat hari raya.. =)

mangsibersamajabatanku said...

Thanks share resepi...mok nyuruh wife kmk molah pas tuk. Kek Febret kmk ngan anak kamek tuk!

Vivian said...

mok polah mpun mcm xlarat..mok makan jak..wuaaaa..nelan aek liur kmk tga kek tok!!


*scroll post lamak2 tok

Azmie & Vivie said...

dear Vi:
kak vi harus berik kitak award sb rajin scroll post lamak2 kak vi...hihihihihihi ;0)

leceh molah kek tuk,V. kak vi ngantok2 molah. sik pa, tunggu kitak dah lekak beranak n abis amben molah. ajak suami sekali join molah kek tuk. mun sorang2, nang angol palak main ngepok ngepok adunan.

mun sik larat, juh kita pergi secret recipe...;0)