"If cooking is an art, baking is a science!" King Arthur Flour catalog.
Baking a cake makes you feel better about the world, and understanding the science puts the icing on it.
Setujukah kalian kalau aku katakan baking is a science? Bagiku baking adalah salah satu ilmu sains. Ilmu sains itu luas. Ia merangkumi segala yang ada di alam semesta. Ilmu sains bukan sekadar duduk di kelas belajar sains secara khusus dengan guru yang pakar sains, bukan hanya memegang spatula dan kelalang kon di dalam makmal baharu dilabel sains. Kawan, usah rigid. Berfikirlah secara kreatif,hasilnya kita mampu mengaplikasi ilmu dalam hidup dan menghubungkaitkan segala macam aktiviti di sekeliling ini.
Bagiku, baking umpama membuat kerja penyelidikan di dalam makmal. Ya, memangnya tidaklah 100% sama dengan amali kertas kerja penyelidikan, tapi secara asasnya tetap sama, tetap ada Materials and Methods. Dalam baking ku temui juga pH asid, neutral dan alkali. Ku temui tindakbalas kimia yang menghasilkan kek sama ada menepati citarasa "mouth watering" hasilnya. Atau ada juga hasilnya mengerunkan jiwa, lantas disedekah kepada tong sampah hasil yang gerun itu. Ku temui juga ilmu sains fizik di dalam baking. Seandainya dipukul laju adunan tersebut bagaimana hasilnya, kalau dipukul mengikut arah lawan jam berbezakah hasilnya, jika dipukul dalam tempoh singkat/lama samakah hasilnya. Semuanya akan terjawab andai anda juga mahu dan berani bereksperimentasi dengan ilmu sains makanan!
Jangan tanya padaku apa jawapannya (tentang kelajuan, tempoh dan arah lawan jam untuk baking), kerana itu tidak mencabar minda seandai budaya spoon feeding masih dipegang. Bereksperimenlah dahulu baharu kita sama-sama berdiskusi mengenai outputnya itu. Kerana aku juga seperti kamu, masih belajar tentang dunia baking. Eager to know, dare to try!
Ketika mengadun kek ini, aku teringat dengan seorang temanku, Kak Jay. Beliau kuliah Sains Makanan sekitar tahun 2002 di Fakulti Sains Makanan, UPM, Serdang. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali aku pasti merasa air tangan hasil eksperimentasinya. Kek yang sedap dan berkhasiat. Diadun penuh dengan ilmu Sains Makanan oleh Kak Jay. Yang paling menyeronokkan kek tersebut dibuat dengan materials yang bermutu dengan sukatan yang sihat untuk tubuh badan. Ketika itu, aku cukup kagum dengan jurusan yang Kak Jay ceburi. Terbit di dalam hati, kenapa aku tidak tahu menahu kewujudan jurusan Sains Makanan. Kalau kutahu, pasti jurusan ini menjadi pilihan utama semasa mengisi borang UPU. Semua itu ada hikmahnya. Astaghfirullah... Usah mengeluh duhai hati yang kadangkala terlupa erti syukur.
Sedarlah ilmu itu luas, selagi bernafas selagi itu kita mencari ilmu. Ilmu tidak terhad dipelajari secara formal. Malah secara informal pun kita boleh menuntut ilmu.Di mana kini, ku sudah temui cabang ilmu Sains Makanan dari dapurku.
Di sini, akan aku kongsikan bersama kalian resepi kek asalnya dari Donna Hay. Aku memang sejak dari dulu lagi penggemar resepi Donnah Hay. Sepertimana tajuk rancangan Donna Hay dalam saluran TLC "Fast, Fresh, Simple: Recipes", begitulah hasil resepi ini.
Disajikan oleh: AZMIE & VIVIE
sumber rujukan: Donna Hay (from Season)
What you will need:
- 4 eggs (Vi guna gred A)
- 1 cup caster sugar
- 1 teaspoon vanilla extract
- 1 cup self-raising flour
- 150g butter, melted
- 1 cup almond meal (ground almonds)
sticky orange topping
- 1 cup caster sugar
- 1/2 cup water
- 1 vanilla bean, split and seeds scraped (Vi gantikan dengan perasa vanilla)
- 2 orages, very thinly sliced
- Preheat the oven to 160°C.
- To make the topping, place the sugar, water and vanilla bean in a 2.5 litre capacity (10 cup) 20cm non-stick ovenproof frying pan over medium heat. Stir until the sugar is dissolved. Add the orange and simmer for 10 – 15 minutes or until the orange is soft. Remove from the heat and set aside.
- Place eggs, sugar and vanilla in the bowl of an electric mixer and whisk for 8 – 10 minutes or until the mixture is thick, pale and tripled in volume.
- Sift the flour over the egg mixture and fold through.
- Fold through the butter and almond meal.
- Pour the mixture over the orange and bake for 40 – 45 minutes or until cooked when tested with a skewer.
- Turn out onto a platter to serve.
Instead of baking the cake in the ovenproof frying pan, I transferred the orange mixture to a 20cm x 4.8cm baking pan to cool and then to bake the cake in it.
12 comments:
salam vi,
setuju dgn vi, kita boleh bereksperimen hatta di dalam dapur sekalipun.....sebenarnya dapur the best lab !!!
keep it up vi....
menariknyeee nmpk kek nihh
dear sis dini@ mixed family in da house:
tepat sekali,sis! dapur adalah the best lab :). Output eksperimentasi dari dapur juga mampu mengeratkan kasih sayang antara suami & isteri; ibu dan anak2...keluarga bahagia terhasil dengan air tangan seorang ibu/seorang isteri :).
dear sis sabar dubai:
Sedap kek ni,sis. rasa sitrus oren bergabung dengan manis vanilla sungguh menawan :)
Salam singgah dan salam perkenalan,
tergoda dengan gambar kek yg sgt menawan dan gambar2 food yg sgt cantik :) great work!
Dear umiyumi:
Salam perkenalan juga buat sis :).
Terima kasih kerana sudi singgah ke sini :).
bilala kmk dapat merasa air tangan kitak tok o......kak.. kmk gik hidup. hehehe
Nyum3.. Sungguh menarik... Vanila+ oren.. Wow... Idea yg bgs...
dear wawa:
jemput dtg rumah kak vi :)
dear mama hannah damia:
kelak polah pakei damia...damia pasti suka :)
Salam V,bila sis amati muka penulis blog ni baru sis ingat kita pernah ber'housemate' satu masa dulu ;) (di Vista Angkasa) Ingat lagi tak?? Wah seronoknyer baca blog V. Nice recipe n great shot too. LoL :D
dear kak fidanie:
w'salam...
Subhanallah! kak fid!!! :)
rindu nya with kak fid...akhirnya kita jumpa kat alam maya...kak fid duk mana skrg? masih mengajar kat sekolah lama lagi? your baby sungguh comel...comel macam kak fid...:)
Post a Comment