Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum...
and hello! =0)

Antara perkara paling menyeronokkan dlm hidup Vi adalah sambutan hari Maulidur Rasul.
Kebiasaannya, suasana desa tercinta sungguh meriah selama 3 hari berturut-turut dgn alunan zikir, selawat dan kenduri-kendara. Alhamdulillah, hari tu Vi berkesempatan balik sekejap menolong emak masak-masak sempena sambutan Maulidur Rasul.

kulit kayu manis -persediaan untuk ayam masak merah
ikan bilis- khas utk sambal buah kedondong

Gambar sengaja Vi sunting ala-ala 'vintage' untuk menimbul mood kenangan/nostalgia di kampung tercinta =)

Antara bahan-bahan untuk memasak

parutan buah kedondong utk menghasilkan resepi sambal
hirisan bawang merah utk dijadikan tumisan buat sup tulang...

bawang besar yang emak hiriskan
tangan gebu emak sedang menghiris daun sup

kobis buat masakan sayur campur
dan ledakan air kuah sup dlm periuk besar...sampai ke hari ini teringat-ingat pada aroma sup tulang lembu

gulai - untuk dicampur bersama sayur
ayam goreng - in the making of ayam masak merah

 suasana meriah berkumpul-kumpul beramai-ramai mmg menyeronokkan

ayam masak merah...sedap!
sambal buah kedondong + belacan memang pemuka selera

gulai ayam sayur campur
sup tulang lembu yang sungguh enak

dan tak lupa, pencuci mulut. Kuih manis berinti kacang putih serta agar-agar pandan santan.

Ok, itu sahaja.
Paipai! =0)

7 comments:

labulabi said...

indok ati dapat balit kampong.

Hanis MY said...

seronoknyaaa dan sangat meriah! terliur tengok semua menu tu.. esp agar2 tu yum yum!

Mas said...

kalau balik kampung...
macam2 kita teringin kan nurul...
apa lagi air tangan ibu....
terbaikkk...he3

Nanan said...

nyamannya kak Vee~ alu rindu mek nak makan kat umh. huhu

erolnukman said...

Tok nolong mak masak ka nolong ngambik gambar mak masak?hehehe...boleh tahan meriah juak.

wa khairul onggon said...

Alahai nampak sedap je... lebih2 lagi yg oencuci mulut tu hehe..

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

dear kawan-kawan semua:
terima kasih sudi singgah n komen di sini. Vi rasa sangat dihargai! =0)