Thursday, May 24, 2012

Roasted Eggplant & Spaghetti Sauce

Ada masa selera makan jadi unik. Selalunya, makan spaghetti dengan kuah nya. Tapi kali ni bertukar angin. Saya gantikan spaghetti tukar kepada roasted eggplant. Hari sebelum tu dah makan spaghetti, dan sebab menu masa tu kurang sayur n a day before pun menu tak da sayur. Jadi rasa bersalah terhadap tubuh badan kerana tiada nutrient dari sayur-sayuran pada hari tersebut. Sekarang sedang dalam process educate myself untuk kurangkan carbo intake & increase vege+fruits intake.

Sambil tu refresh our body dengan segelas air plus a slice of lemon. Usah diperah jus lemon tersebut. Memadai hanya letak sahaja dalam gelas kemudian tuang air kosong. Segar! Saya selalu biarkan hirisan lemon berendam dalam gelas dari pagi sampai malam. Kalau nak minum, hanya tuang air ke dalam gelas. Sepanjang dalm proses menurunkan berat badan, saya amalkan minum air kosong+sehiris lemon. Membantu! Sekarang sangat berpuas hati bila berat badan jauh turun dan kembali menikmati hidup sihat. Dulu berat badan saya 64kg. Kini sudah kembali ke ideal weight iaitu 47kg. Moga terus konsisten.

Nak resipi kuah spaghetti click INI. Roasted eggplant dijamu bersama hirisan kecil isi itik yang dipanggang. Tersalah ambil bahagian isi itik. Sepatutnya guna bahagian lebih banyak isi, tapi terambil bahagian tulang. Kejar masa sebab lapar, jadi guna sahaja bahagian banyak tulang tu dengan menghiris isi kecil-kecil dan panggang tanpa tulang.

Roasted Eggplant

Bahan-bahan:
  • sebiji terung
  • secubit lada putih
  • secubit lada hitam
  • secubit serbuk cajun
  • sesudu minyak zaitun

Cara-cara:
1. Bersih dan toskan terung.
2. hiris nipis memanjang.
3. Lumurkan dengan lada hitam, putih dan serbuk cajun kemudian lumur dengan mintak zaitun.
4. Percikkan sedikit minyak zaitun pada roasted pan.
5. Panggang terung tersebut hingga masak.

7 comments:

mia azzah said...

sedapnya..
mcm terung sambal..tukar sambal dgn kuah spageti..;p

Nanan said...

kmk suka makan daging itik kak vee! lamak gle dah xmakan. xrami org mok mkn itik ya. hee

GREENJADE said...

bagus idea ni sis. kretiflah.

sekali-sekala tukar selera tekak best jugak.

Azmie & Vivie said...

Dear azza haini:
aok, kedak terong sambal...nyaman =0)

Azmie & Vivie said...

Dear Nanan:
kita serupa! =0).
sama2 penggemar daging itik. nyaman owh..tapi rami urg sik maok mamam itik sb kerana nya suka nyuduk air juruk.hehehehe...tapi sbnrnya mengikut kata Prof yg ajar kak vi masa degree dolok, itik lebih bersih dari manok. sb itik ada filter dalam mulutnya. itik sik mudah diserang hama. tapi manok nang byk hama, sb ya org yg ngidap resdung gatal muka n kuar jerawat kecik bila alah gilak ngn isik manok.

Azmie & Vivie said...

Dear GreenJade:
hehehehehe....TQVM! =0)

Kakmim said...

aih, nyaman lok... boleh try tok