Showing posts with label RESEPI SAYUR-MAYOR. Show all posts
Showing posts with label RESEPI SAYUR-MAYOR. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Roasted Eggplant & Spaghetti Sauce

Ada masa selera makan jadi unik. Selalunya, makan spaghetti dengan kuah nya. Tapi kali ni bertukar angin. Saya gantikan spaghetti tukar kepada roasted eggplant. Hari sebelum tu dah makan spaghetti, dan sebab menu masa tu kurang sayur n a day before pun menu tak da sayur. Jadi rasa bersalah terhadap tubuh badan kerana tiada nutrient dari sayur-sayuran pada hari tersebut. Sekarang sedang dalam process educate myself untuk kurangkan carbo intake & increase vege+fruits intake.

Sambil tu refresh our body dengan segelas air plus a slice of lemon. Usah diperah jus lemon tersebut. Memadai hanya letak sahaja dalam gelas kemudian tuang air kosong. Segar! Saya selalu biarkan hirisan lemon berendam dalam gelas dari pagi sampai malam. Kalau nak minum, hanya tuang air ke dalam gelas. Sepanjang dalm proses menurunkan berat badan, saya amalkan minum air kosong+sehiris lemon. Membantu! Sekarang sangat berpuas hati bila berat badan jauh turun dan kembali menikmati hidup sihat. Dulu berat badan saya 64kg. Kini sudah kembali ke ideal weight iaitu 47kg. Moga terus konsisten.

Nak resipi kuah spaghetti click INI. Roasted eggplant dijamu bersama hirisan kecil isi itik yang dipanggang. Tersalah ambil bahagian isi itik. Sepatutnya guna bahagian lebih banyak isi, tapi terambil bahagian tulang. Kejar masa sebab lapar, jadi guna sahaja bahagian banyak tulang tu dengan menghiris isi kecil-kecil dan panggang tanpa tulang.

Roasted Eggplant

Bahan-bahan:
  • sebiji terung
  • secubit lada putih
  • secubit lada hitam
  • secubit serbuk cajun
  • sesudu minyak zaitun

Cara-cara:
1. Bersih dan toskan terung.
2. hiris nipis memanjang.
3. Lumurkan dengan lada hitam, putih dan serbuk cajun kemudian lumur dengan mintak zaitun.
4. Percikkan sedikit minyak zaitun pada roasted pan.
5. Panggang terung tersebut hingga masak.

Tuesday, May 22, 2012

Masak Tempura

Sebelum ni, Saya bukan penggemar tempura sayur. Mungkin sebab saya bukan pumpkin lover mahupun eggplant. Kat rumah tak pernah cuba-cuba masak apa-apa resipi yang melibatkan labu dan juga terung. Kalau balik kampung, tengok emak masak labu atau terung, memang saya tak makan sebab since kecik lagi tak gemar sayur tersebut.Tapi itu cerita lama.

Since my 1st trip went to Japan November last year, segalanya berubah.

Segalanya bermula di sini.

Sedang menikmati set tempura di kedai sushi sekitar Akihabara, tanpa perasan terkunyah tempura labu dan juga tempura terung. Rasa sedap then terus tanya hubby, tempura apa ni? hubby jawab " yang tu Labu and yang ni terung"

my expression "Oh!wow! sedap rupanya labu dan terung. kalau dari dulu tahu, dah seperiuk sup labu  dan terung panggang yang emak selalu masak saya rembat." Sebelum bertolak balik ke hotel, siap singgah kedai tu lagi untuk tapau set tempura tersebut.

Sejak hari itu, terus mencintai labu. Lepas balik dari Tokyo, terus semangat giler cari labu kat pasar. Sebab labu jenis yang macam kat gambar kat atas tu je yang ada, jadi belasah je...janji dapat buat tempura sayur-sayuran dengan tulang empat kerat ini.
Semangat giler hiris nipis terung. Hari yang cuba masak tempura, hanya guna terung n labu. Sebab lupa beli udang. Tapi it doesn't matter, labu pun labu lah. Bersam terung sahaja pun sedap!
Hasil air tanganku. Taste at home!
Walau tidak sehebat rasa dan rupa yang ada kat Akihabara, tapi the taste still sedap! Both of us really enjoy it! Sharing recipe, saya guna resipi yang Kak Hana tulis kat blog beliau. TQVM for the excellent recipe, kakak. Izinkan saya copy & paste the recipe kat sini. Eventhough Kak Hana guna udang, but the recipe still valid for making pumpkin as well as eggplant tempura. Basic still the same.

RESEPI TEMPURA
Original recipe: Kak Hana

~Recipe copy and paste from kak Hana~

Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air sejuk + ketulan ais
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit tepung katakuriko - klu xde leh ltk tpg gandum or tpg jagung. tak ltk pong xpe
  • Udang
  • Sayur2an - labu, asparagus, keledek, terung, bendi dll
Cara-cara
  • Udang dikupas kulit. Potong tak putus bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi. Lapkan dengan kitchen towel. Taburkan garam,serbuk lada sulah dan tepung katakuriko. Gaul. Ketepikan. Utk sayur2an, potong ikut suka.
  • Mangkuk lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan btol2 sejuk! utk menghasilkan tempura yg rangup dan tak meresap minyak! Masukkan ice kiub seketul dua skali) . Buh garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan over mix. Biarkan nmpk berketul2 aka tk sebati. Lihat contoh batter di sini.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak btol2 panas. Celupkan udang dan sayur2an ke dalam tepung dan goreng hingga kekuning2an. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan nasi dan juga tentsyouyu.